Apa Itu Pendidikan "Keibubapaan Neutral"

Apa Itu Pendidikan "Keibubapaan Neutral"

"Keibubapaan Neutral
Sekarang ini macam-macam teknik yang digunakan oleh ibu bapa untuk mendidik anak mereka. Salah satu ialah dikenali "Keibubapaan Neutral" iaitu memberi kebebasan anak mereka secara neutral.

Sebagai contoh anak lelaki anda di besarkan sebagai budak lelaki dan perempuan. Dengan bertujuan untuk mengelakkan mereka apabila besar menjadi agresif.

Ramai sekarang yang menggunakan kaedah ini dalam mendidik anak mereka. Kaedah Gender Neutal Parenting ini dikatakan sangat baik dan bijak dan semakin berkembang.

Tapi untuk aku secara peribadi mengarut ajer teknik ini..hehehhehee. Zaman sekarang ini pun, tak der kaedah "Keibubapaan Neutral" pun ramai anak jantan yang lembik dan awwww!!!...

Salah satu idea "Keibubapaan Neutral" ini ialah untuk membina keyakinan diri anak-anak adalah satu mitos yang mengarut. Kau beri kebebasan anak kau memilih permainan perempuan atau lelaki, lalu mana datangnya keyakinan diri.

Salah satu idea dengan keadah "Keibubapaan Neutral" ini kita dapat mendidik anak lelaki tidak bersifat ganas ke atas wanita. Soal ganas ke atas wanita ialah terdapat banyak faktor, bukannya masalah teknik pengajaran mendidik tradisional.

Yang penting untuk aku, ialah didik anak-anak sebaik mungkin dengan memberi didikan agama serta di bawah persekitaran penuh kasih sayang.
Bawah ini adalah statement mengarut oleh pasangan "Keibubapaan Neutral".

"Keibubapaan Neutral"
Sepasang suami isteri memilih membesarkan anak lelaki mereka secara neutral iaitu sebagai budak lelaki dan perempuan untuk mengelaknya daripada menjadi agresif ketika dewasa.
    Lisa, 23, dan Martin Price, 34, tidak menghalang sekiranya anak mereka Max, setahun, mahu memakai tutu dan kepak pari-pari berikutan menggunakan kaedah radikal dikenali sebagai ‘keibubapaan neutral’ yang dipercayai mampu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.

Max diberi kebebasan memilih apa yang mahu dipakainya setiap hari sama ada seluar jeans dan kemeja lelaki atau gaun perempuan berwarna merah jambu.

Malah, permainannya juga terdiri daripada pelbagai kereta serta robot mainan dan anak patung yang biasanya menjadi peneman kanak-kanak perempuan.
Lisa dan Martin menganggap cara mereka membolehkan Max lebih mengenali dirinya tanpa rasa tersekat dengan batasan jantina.
“Saya mahu dia berfikir di luar kotak. Asalkan tidak membahayakan dirinya secara fizikal saya tidak akan menghalangnya daripada berpakaian atau main mengikut kehendaknya

Memang ramai yang pelik dengan kaedah ini, namun apabila mendengar penjelasan saya mereka menganggapnya sesuatu yang baru malah menyokongnya,” kata Lisa
"Keibubapaan Neutral"
Lisa suri rumah sepenuh masa juga bercadang mendidik anaknya di rumah tanpa perlu dihantar ke sekolah apabila tiba masanya.
  “Saya berharap Max tidak menjadi mangsa buli atau ejekan kelak, namun yang penting kami mahu dia membina keyakinan diri daripada usia sekecil ini,” katanya.

Dia menegaskan, tanggapan stereotaip mengenai jantina dan peranan kejantinaan menjadi punca masalah wanita ditindas lelaki yang menganggap mereka berkuasa.
Pendekatannya disokong suaminya yang mengakui dibiarkan main anak patung kakaknya ketika membesar.

Bagaimana pendapat anda tentang teknik "Keibubapaan Neutral" ini.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Bila kita baca kisah ini baru kita rasa bahawa untungnya menjadi orang Islam. Nabi S.A.W dah ajar dalam agama kita cara nak didik anak ikut cara agama. Kita sebagai ibu bapa tak perlu lagi nak tercari-cari kaedah yang sesuai. Sebab dalam agama dah ada caranya. Cuba kita perlu ikut sahaja contoh yang ada tersebut. Bukan berjaya. Pasti kita akan berjaya sebab Allah dah tunjuk cara tersebut melalui kekasih Allah Nabi S.A.W. TQ bro hanif atas info ini.
Bila kita baca kisah ini baru kita rasa bahawa untungnya menjadi orang Islam. Nabi S.A.W dah ajar dalam agama kita cara nak didik anak ikut cara agama. Kita sebagai ibu bapa tak perlu lagi nak tercari-cari kaedah yang sesuai. Sebab dalam agama dah ada caranya. Cuba kita perlu ikut sahaja contoh yang ada tersebut. Bukan berjaya. Pasti kita akan berjaya sebab Allah dah tunjuk cara tersebut melalui kekasih Allah Nabi S.A.W. TQ bro hanif atas info ini.
Unknown berkata…
ala... kita didik anak kita macam mak bapa kita didik dah le... sebab tengok siapa kita sekarang.... :))
abang thanks for sharing what an interesting topic about parenting here... thanks again for sharing...
Tanpa Nama berkata…
Aduhai....didikan agama lebih penting utk anak2.
Blog Santai berkata…
Zaman dah berubah kan Hanif..parents kena belajar untuk mengajar...
Zam berkata…
klu mcm ni lah kan, takut lain lak jadinya bila dh besar..

kita cuba yg terbaik buat masa skrg dgn kaedah yg dianjurkan islam.. itu lebih baik kan :) cara lain, kalau boleh diselitkan, selitkan juga, asalkan sesuai