Google Adsense Menjana Pendapatan

Google Adsense Menjana Pendapatan

Google Adsense Menjana Pendapatan

Google Adesense ialah perkhidmatan pengiklanan yang yang dimiliki oleh Google. Dimana pengamal laman sesawang yang berjaya mendapat approval dari Google sebagai pengiklan mereka adalah satu impian.

Kelebihan apabila mendapat iklan Google Adesense ini kita boleh menyatukan semua aplikasi Google dalam satu akaun iaitu blog anda sendiri dan juga You Tube.

Bukan mudah untuk mendapatkan Google Adsense kerana pemilihannya yang terlalu ketat dan paling malang ia tidak melayan blogger berbahasa Melayu.

Secara peribadi untuk aku memperolehi akaun Google Adsense ini aku terpaksa membuat sebuah blog berbahasa English agar Google percaya bahawa blog aku ini adalah global...hehehehehe.

Google Adsense Menjana Pendapatan
Pada gambar diatas menunjukkan Google Adsense aku mula menjana pendapatan. Sebenarnya aku baru tahu semalam bahawa aku mempunyai akaun Google Adsense semasa aku memeriksa blog bahasa English aku yang terdiri daripada e-mail aku berkenaan kerja aku seharian.

Secara tak langsung blog tersebut berkembang tanpa perlu aku buat apa-apa pun..hehehehe.
Apabila aku e-mail tentang kerja seharian aku secara automatik ia akan terpapar sebagai post di blog english aku ini.

Sudah tentu e-mail aku ini berbahasa english caca marba. Mahu tak mahu kena taip bahasa english ler..hahahahaha.


Aku telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan Google Adsense ini. Cara paling ampuh ialah membuat sebuah blog english dan biarkannya.

Sebenarnya telah beberapa kali aku hampir mendapat Google Adsense ini. Dimana pihak Google telah memberi aku akaun Google Adsense dan selepas beberapa hari masa ia nak review secara tiba-tiba ia tak approve. Sedih giler..huhuhuhu.

Tu yang aku malas nak mencuba lagi Google Adsense ini, tapi syukur alhamdulilah semalam bila aku tiba-tiba nak periksa blog bahasa English. Aku lihat dah ada iklan Google Adsense di blog.

Kepada rakan-rakan yang masih mencuba Google Adsense ini, jangan putus asa. Terus mencuba dan mencuba. Ada orang senang ajer nak dapat dan orang macam aku ini bertahun baru nak dapat...hehehehe.

Walau pun jumlahnya masih kecil tapi  ianya tetap berbaloi lagipun aia bayar dalam USdolar ..Ok ler tu.


Catat Ulasan

6 Ulasan

Unknown berkata…
maksudnya memang kena buat blog dlm bhs inggeris la ye?
haryati berkata…
tahniah hanif...
Engku Muzahadin berkata…
Tak layan blogger berbahasa melayu?? Oh, kita mmg tak layak...Hoho
Blog Santai berkata…
pernah apply dulu tapi fail..he..he
Pokok Manggis Depan Rumah berkata…
Sebelum ini memang google tak layan blog BM. Sekarang dah boelh rasanya. Boleh cuba tanya pihak google.
Sukma berkata…
bahasa English ke laut tu yang susah tu...hihi