Catuan Air Mengukuhkan Perpaduan Bangsa?

Catuan Air Mengukuhkan Perpaduan Bangsa?

Catuan Air Mengukuhkan Perpaduan Bangsa?
Catuan Air Di Mengerat Perpaduan? Mungkin masalah kemarau yang melanda di Malaysia ketika ini hingga catuan air telah berlaku di beberapa negeri sebenarnya satu hikmah.

Mungkin dari kacamata seseorang melihat masalah catuan air yang berlaku ini adalah satu dugaan. Namun aku sering percaya setiap dugaan yang Allah turunkan pada kita sebenarnya adalah satu hikmah untuk kita kerana Allah sayang pada kita.

Pasti hikmah itu ada nikmatnya..amin. Sama seperti kes catuan air ini terutama di Selangor. Dimana jika catuan air dilakukan maka semua penduduk yang duduk satu taman, mahu tak mahu terpaksa keluar rumah bersama-sama menanti gilirin mengambil air.

Pada ketika inilah, kita baru mengenali jiran kita yang jarang bertemu. Ketika menunggu giliran, kita bolehlah berbual dengan jiran-jiran kita.

Malah catuan air ini juga adalah satu rangka persahabatan antara sesama kaum dan juga pengukuhan jiran tetangga.

Catuan Air Mengukuhkan Perpaduan Bangsa?
Aku teringat kembali semasa Melaka kemarau selama tiga bulan dimana ketika itu aku tinggal di taman yang mempunyai pelbagai bangsa.

Semasa menunggu air, ibu bapa aku lepak bersama jiran-jiran di tepi jalan sambil berbual kosong tidak mengira bangsa.

Seronok melihat suasana sedemikian yang kini aku rasa semakin menipis dikalangan bangsa Malaysia.

Masalah kemarau pada ketika itu bukannya boleh dipolitikkan kerana ianya masalah alam bukannya masalah manusia. So tiada bahan untuk dipolitikkan yang cuma boleh kita buat ialah berdoa agar dipermudahkan dugaan ini..

Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
betul tu haniff kekadang meluat pulak akak bila semua nak dipolitikkan sampai nak kebumikan jenazah pun nak dipolitikkan... dan semua diselesaikan datang le parti ini terus je cakap "Jangan risau kami dah selesaikan kami bertugas begini untuk rakyat" aduhai kami yang mendengar rasa macam nak bangun je... kerana hanya Allah sahaja yang tahu...
Sukma berkata…
setuju tu ikatan perpaduan semakin kurang pada generasi sekarang.....
irul berkata…
Disetiap kejadian itu ada hikmah tersendiri. Bagi yg mampu berfikir, catuan air ini satu rahmat.
Pha Is berkata…
kawan saya yg tinggal kat selangor pun ada cakap macam tu jugak.. sebelum ni x kenal jiran2, masa ni la dapat tolong-menolong..
Farah Waheda Wahid berkata…
betul juga tu, ada hikmah di sebalik setiap kejadian...Allah tak jadikan sesuatu kalau tak bersebab...kita yang kena ingat benda ni selalu...
Pokok Manggis Depan Rumah berkata…
Semoga di mudahkan urusan dan masalah ini dapat di atasi dengan segera.
Tanpa Nama berkata…
moga segera dapat di atasi..