Keputusan Pilihanraya Kecil Kajang N25

Keputusan Pilihanraya Kecil Kajang N25

SPR umum keputusan pilihanraya DUN Kajang pada pukul 9:01 malam di mana
Wan Azizah (PKR) menang dengan majoriti 5,379  undiPKR – 16,741
undi BN – 11,362 undi Majoriti – 5,379 undi

Tahniah buat PKR dan jangkaan aku memang benar melalui data keputusan pikihanraya yang lalu. Kajang sememangnya kawasan kuat Pakatan Rakyat tetapi undi majoriti agak menurun sedikit berbanding dahulu.

Namun untuk aku ianya tidak menurun kerana berbanding tahun dahulu pengundi yang mengundi ialah melebihi 85% berbanding kali ni sebanyak 72% sahaja.
Oleh itu secara perbandingan kasar undi majoriti berbanding jumlah pengundi, aku rasa peningkatan sokongan kepada PKR.

Pihak BN seharusnya merasa gusar dengan trend ini. Walaupun tindakan pilihanraya ini berlaku disebabkan oleh PKR yang sesuka hati manipulasi undang-undang NAMUN mereka tetap menang besar!!!!.

Sekarang ini aku kurang pasti apa tindakan PKR setelah memenangi DUN Kajang ini. Jika Anwar bertanding kita sudah dapat menjangka khabar angin berkenaan jawatan Menteri Besar Selangor.

Tapi pabila Wan Azizah bertanding aku tak nampak motifnya. Sia-sia sahaja bekas DUN PKR terdahulu letak jawatan kecuali ler kalau Wan Azizah bercita-cita menjadi Menteri Besar dengan suaminya dibelakang tabir.

Ahhhh!!!!! Pening nak fikirkan...hahahaha.
Yang penting perjalanan pilihanraya ini berjalan lancar tanpa ada isu-isu panas.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Dunia Zumal berkata…
Nampaknya pengundi masih selesa dgn PKR dan spekulasi bangla bakal hilang dari bibir penyokong mereka
Unknown berkata…
Apa sekali pun bersyukur.... PKR menang...
Blog Santai berkata…
Tahniah untuk Dr Wan Azizah. Semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang...
Cik Nor berkata…
tahniah kepada yg menang..
ieta mat sa'ad berkata…
Kebaikan yg saya nampak 1 je... Lepas PKR menang, air yg dicatu selang 2hari di kawasan Gomvak ni, dah rak kena catu... Yeeeaaaayyyyy..... :D
ieta mat sa'ad berkata…
Kebaikan yg saya nampak 1 je... Lepas PKR menang, air yg dicatu selang 2hari di kawasan Gomvak ni, dah rak kena catu... Yeeeaaaayyyyy..... Alhamdulillah.... :D
ayut berkata…
Xde isupns sbb smua sibuk...mslh air.mh370.konsert org mati.mcm2x yg jd.org xbrape nk fokus.hihihi