Kereta One:1 Terlaju Dunia 2014

Kereta One:1 Terlaju Dunia 2014

Koenigsegg Agera One:1
Firma pembuat kereta sport Sweden, Koenigsegg memperkenalkan kereta terbaharunya yang dipercayai sebagai kereta kegunaan jalan raya paling laju di dunia.

Kereta Koenigsegg Agera One:1 itu mampu menghasilkan 1,322 kuasa kuda (bhp) sekali gus lebih pantas daripada kereta McLaren P1, La Ferrari dan Porsche 918 Spyder.

Koenigsegg Agera One:1
Malah, One:1 yang pertama kali dipamerkan kepada umum pada Pertunjukan Kereta Geneva kali ke-84 di Geneva, Switzerland yang kini sedang berlangsung juga lebih laju berbanding kereta Bugatti Veyron Super Sport yang mempunyai 1,322 bhp.

Menurut Koenigsegg, kereta sports terbaharu itu mampu mencecah kelajuan maksimum 436.8 kilometer sejam (km/j).

Sebelum ini, rekod kereta kegunaan jalan raya paling laju menjadi milik Hennessey Venom GT dan Veyron Super Sport dengan setiap kenderaan itu masing-masing mencatat kelajuan 432 km/j dan 428.8 km/j.

Koenigsegg Agera One:1
"Kelajuan tinggi ini mampu dicapai dengan kombinasi casis gentian fiber, reka bentuk aerodinamik dan tayar yang kukuh," menurut kenyataan Koenigsegg.

Namun, syarikat Koenigsegg masih belum mengumumkan harga kereta tersebut.
Pertunjukan Kereta Geneva berlangsung dari 6 hingga 16 Mac depan.


Koenigsegg Agera One:1

Koenigsegg Agera One:1

Catat Ulasan

5 Ulasan

Sukma berkata…
Nie kalau lari highway dari melaka ke kl tak smpai 1 jam..
ejulz berkata…
gila la kalau dpt keta tu.. haha
Yana Halim berkata…
x de makna kete mahal dan boleh laju sgt. Malaysia ni paling tinggi hadlaju pun 110km /j je. hehe
Tanpa Nama berkata…
cantiknyer warna coklat tu..
TiranaAduka berkata…
mengidam nak tukar kereta baru ke bro anep.ahakz..jgn marah..!