Microsoft Hentikan Servis Kepada Window XP

Microsoft Hentikan Servis Kepada Window XP

Window XP
Microsoft telah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Window XP selama 12 tahun dan terkini mereka telah mengumumkan akan menghentikan segala bantuan teknikal kepada Window XP bermula 8hb April 2014.

Selepas 8 hb April ini, Microsoft akan hentikan juga Microsoft Security Essentials kepada Window XP. Ini bermakna PC anda tidak akan terselamat dari ancaman virus..

Tujuan Microsoft ialah ingin melabur kepada sumber teknologi terkini supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada aspek-aspek teknologi terbaru.

Dan mereka mengatakan lagi tidak lama Window XP juga tidak akan mampu untuk menerima aplikasi-aplikasi yang lebih canggih keluaran Microsoft.

Tetapi satu dunia tahu bahawa Microsoft ingin menumpukan perhatian kepada Window 8 yang merupakan anak emas mereka..hehehehe.

Window 8 pun sekarang ini banyak komplen kerana ia tidak begitu serasi jika menggunakan deskstop sebab ciptaannya adalah lebih kepada tablet atau orang melayu kata touch screen.

Walau apa pun mahu tak mahu kita kena ikut sahaja Microsoft punya decision dan lagipun dah 12 tahun Window XP ini di pasaran maka telah tiba masanya ia dihapuskan...

Masalahnya ialah desktop di rumah aku masih lagi guna Window XP dan mengikut saranan Microsoft untuk pengguna Window XP ialah:

a) Upgrade PC anda dari Window XP kepada Window 8. Tetapi sebelum itu anda kena periksa samada PC anda sesuai untuk diupgradekan kepada Window XP dengan menggunakan Windows Upgrade Assistant.
b) Tukar PC kepada yang baru..ahaks... Itu aku pun tahu kalau aku ada duit...aparaaa!!!

Window XP




Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hehehehe..terbaiklah..