April Fool Wajarkah Dirai.

April Fool Wajarkah Dirai.

April Fool Wajarkah Dirai.
Semalam aku hantar mesej di FB mengingatkan esok adalah April Fool. Tujuan ditulis untuk mengumpan adakah kita fahami maksud April Fool.

Syukur alhamdulilah ramai yang tegur aku berkenaan hal ni...kikikik. Kesedaran umat islam  berkenaan isu-isu tarikh seperti ini sudah mula bertambah. Sama seperti halnya dahulu kita menyambut Hari Valentine.

Aku tak malu untuk katakan dahulu masa aku kecil dan remaja, kami sering buat joke dengan rakan-rakan pada 1hb April. Dan masa remaja aku juga sering menyambut Valentine dengan hantau bunga terutama masa di kampus dahulu. Bila Valentine day semua persatuan sibuk jual coklat dan bunga... Aku beli dan mereka akan hantar di bilik ...kikikikiki.

Kini teknologi berkembang dan ilmu mudah diperolehi maka kita faham apa yang kita buat dulu adalah salah!!!!!!!!

Jom kita baca sejarah April Fool....


Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga.

Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.

Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

PERMATABIRU berkata…
belajar dr pengalaman..semua org semakin memahaminya..
shahdiana berkata…
TQ sharing info ni...baru tau sejarah april fool ni..dan memang betul pun sekarang dah tak ramai yang taksup dengan april fool ni...1st april pun orang buat biasa jek...