Polimik politik Trengganu telah bermula!!! Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN bebas dan diikuti oleh ADUN Ajil iaitu Ghazali Taib.
Keputusan yang aku rasakan terlalu tergesa-gesa dan jelas menunjukkan ketidak puasan hati Datuk Seri Ahmad Said yang menjerit dipaksa meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Trengganu.
Dan dikukuhkan lagi sokongan oleh ADUN Ajil yang menyokong bekas Menteri Besar ini.
Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.
"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.
Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.
Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.
Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.
Baki dua lagi adalah calon bebas.
1 Ulasan