Dyana DAP Kalah Di Teluk Intan

Dyana DAP Kalah Di Teluk Intan

Dyana DAP Kalah Di Teluk Intan
Sudah rasmi...SPR umum pada jam 9.40 malam BN berjaya tawan balik kawasan Parlimen Teluk Intan setelah dua penggal dikuasai oleh DAP.

Pengumuman itu disambut oleh tepukan gemuruh para penyokong BN di pusat kiraan undi di Selokah Abdul Rahman Talib,Teluk Intan.

Datuk Siew Keong dari BN dapat 20,157 undi manakala calon DAP,Dyana Sofya Mohd Daud 19,919 undi.Majoriti 238 undi.Indikasi kemenangan itu dapat dirasai sejak jam 8 malam bila lebih 300 penyokong BN berkumpul dalam suasana meriah di pejabat Gerakan Teluk Intan.

Kemudian sekitar jam 9 malam kalangan pemimpin BN dan penyokong mula berhimpun d pusat itu untuk menunggu pengumuman rasmi.Tiada kalangan pemimpin DAP kelihatan di pusat pengiraan undi.

Proses pengiraan undi telah berlangsung dalam suasana yang amat mendebarkan bila kedua calon saling potong memotong.Majoriti tipis itu jelas menunjukkan betapa sengitnya pilihanraya kecil ini.

Jumlah undi rosak ialah sebanyak 543 manakala peratusan rasmi keluar mengundi ialah 67.47 peratus.Ia dikira agak rendah berbanding peratusan mengundi kawasan itu sebanyak 80.74 semasa pilihanraya umum ke 13.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bukan rezeki kot?