Dyana Sofya Khianati UiTM

Dyana Sofya Khianati UiTM

Dyana Sofya Khianati UiTM


Politik oh Politik!!! Kini Dyana Sofya mendapat liputan yang hebat gara-gara anak Melayu ini bertanding atas tiket DAP bagi kerusi PRK Teluk Intan.

Dan seperti biasa Dyana Sofya pasti menjadi kecaman politik pihak lawan. Aku nak komen pun susah ler sebab ini hak Dyana Sofya sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pegangan politik beliau.

Dyana Sofya  mendapat didikan di UiTM sebuah institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar dan sebagainya sebelum ini."

Demikian respons Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkenaan dengan pencalonan Dyana Sofya sebagai calon DAP Melayu pertama bagi kerusi PRK Teluk Intan.

Shamsul berkata, peletakan Dyana Sofya sebagai calon di kerusi tersebut juga, adalah helah DAP dalam meraih undi masyarakat Melayu.

"Saya lihat DAP cuba menunjukan bahawa mereka kononnya adalah parti yang juga mula berjuang untuk menjaga orang Melayu dengan harapan apabila meletakkan calon Melayu ia boleh menarik undi Melayu di

Dyana Sofya Khianati UiTM
Teluk Intan.

"Jadi saya harap pengundi khususnya pengundi Melayu di Teluk Intan tidak terpengaruh kerana ternyata pemimpin Melayu tiada pengaruh atau kuasa untuk melaksanakan atau mempertahan apa juga isu berkaitan Melayu kerana terbukti sebagaimana yang kita lihat sekarang.

"Bagi saya biarpun calon Melayu, hanya cara dan pendekatan DAP saja berubah tetapi falsafah, ideologi DAP tetap sama malah sikap perkauman mereka tetap menebal malah saya lihat lebih daripada sebelum ini.

"Justeru, saya harap kepada pengundi Melayu jangan terpengaruh kononnya DAP telah berubah apabila calon wanita muda Melayu diletakkan sebagai calon mereka," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam PRK Teluk Intan,yang akan berlangsung pada 31 Mei ini,Dyana Sofya akan menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Pada PRU13, Siew Keong tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan wakil rakyatnya Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.


Dyana Sofya Khianati UiTM

Catat Ulasan

2 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Apa pasal khianat pulak nie....DAP tak buat melayu mundur tau, yang buat melayu mundur ialah UMNO. Yang jual tanah orang melayu ialah Umno tau.
Tanpa Nama berkata…
Ko pi Singapore tengok nasib melayu d sana