Syarikat insurans hayat Malaysia telah membayar lebih RM14.2 juta dalam bentuk pampasan kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370.
Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Vincent Kwo berkata, syarikat insurans hayat di Malaysia telah mengambil pendekatan proaktif bagi mempercepatkan proses tuntutan bayaran pampasan kepada waris penumpang dan anak kapal yang mempunyai insurans hayat.
Beliau berkata, pembayaran telah dibuat kepada beberapa waris sejak beberapa minggu lepas tanpa melalui proses yang biasanya dilakukan.
"Setakat ini, jumlah pampasan yang telah dibayar kepada waris kira-kira RM14.2 juta daripada jumlah keseluruhan RM18.7 juta. Sebanyak 184 polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans hayat di Malaysia.
"Baki tuntutan RM4.5 juta masih menunggu penyerahan dokumen rasmi oleh waris,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini
2 Ulasan