Lelaki Paling Pengotor Di Eropah

Lelaki Paling Pengotor Di Eropah

Lelaki Paling Pengotor Di Eropah
Seorang gelandangan dilabelkan sebagai lelaki yang paling kotor di Eropah kerana dia gemar tidur di atas abu panas, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Ludvik Dolezal yang berusia 58 tahun akan membakar apa sahaja untuk dijadikan sebagai 'katil' tempat dia tidur. Malah, dia turut membakar tilam dan selimutnya.
Lelaki Paling Pengotor Di Eropah
"Setahun lalu, saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Sejak itu, saya tinggal di atas abu.
"Setiap malam, saya baring di atas abu panas dan akan memasukkan abu ke dalam baju supaya badan saya berasa panas, saya berasa abu itu panas seperti api neraka selepas itu," katanya.
Dolezal yang tinggal sebuah rumah ladang yang terbiar dikatakan mengalami masalah mental hingga menyebabkan dia mahu menjalani kehidupannya itu dengan api dan abu.
Dalam pada itu, kerajaan Czech memberi bantuan sebanyak £81 (RM444) sebulan kepadanya, namun pihak berkuasa tidak memberikan kesemua wang itu kerana khuatir dia akan membakarnya.
Lelaki Paling Pengotor Di Eropah


Catat Ulasan

2 Ulasan

KelipKelip berkata…
Kat malaysia ada tak org mcm ni?...
Tanpa Nama berkata…
lain macam betul uncle ni..