Rakyat Malaysia ramai yang sakit jiwa atau mental memang membimbangkan. Tetpi kenapa ramai yang sakit jiwa?
Dengan taraf hidup yang semakin tinggi dan keperluan barangan utama kita memang tidak dapat mengelak menghindari masalah ini. Setiap hari stress memikirkan bagaimana nak rolling duit yang tak seberapa cukup ini..heheheheheheh.
Setiap hari berdoa janganlah ada masalah tambahan timbul disebabkan kewangan yang ketat.
Selain itu masalah mental berlaku akibat tekanan psikologi dari masalah keluarga, boss dan semua pihak mencatatkan perkembangan drastik pesakit mental.
Untuk mengelakkan masalah jiwa tak tenang ini, aku percaya amalkan berzikir setiap hari. Minta tolong pada Pencipta Kita kerana tiada siapa yang akan tolong kita kecuali Allah.
Setiap dugaan yang diberikan ini kerana Allah sayang kita kan.. Tetapi sebagai manusia ini kadangkala kita tak tertahan dugaan ini.. Dan itulah manisnya kerana bila ada dugaan baru kita mendekatkan diri kita padaNya....amin.
Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendedahkan bilangan rakyat negara ini yang menghidap penyakit mental yang serius kini berada pada tahap membimbangkan apabila secara purata tujuh orang daripada mereka didiagnos mengalami skizofrenia setiap hari.
Presiden MPA, Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata, ketika ini sebanyak 2,500 kes baharu dilaporkan pada setiap tahun tetapi beliau yakin masih ramai pesakit skizofrenia yang tidak dirujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan sewajarnya.
“Dijangkakan menjelang 2020, penyakit mental akan menjadi penyakit kedua terbanyak dalam kalangan masyarakat di negara selepas penyakit jantung.
“Dianggarkan lebih 25,000 pesakit tersebut tidak mendapat rawatan dan jumlahnya dijangka terus meningkat setiap tahun berikutan skizofrenia merupakan pesakit mental yang paling banyak mendapat rawatan di wad serta rawatan pesakit luar di hospital,” katanya.
Beliau ditemui pada Program Hari Kesedaran Skizofrenia 2014 yang dirasmikan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Azman Abu Bakar di Bangi Gateway di sini semalam.
1 Ulasan