Seronok Ke Belajar Ilmu Hitam

Seronok Ke Belajar Ilmu Hitam

Seronok Ke Belajar Ilmu Hitam
Ilmu hitam secara khususnya ialah sebuah perbuatan ghaib ke atas seseorang dengan tujuan yang membinasakannya. Tiada apa yang baiknya tentang ilmu hitam secara amnya, ia hanya satu ilmu dengan tujuan khusus menganiaya manusia.

Satu artikel yang aku rasa sinonim dengan masyarakat Malaysia amnya bangsa melayu. Tempoh hari aku sempat berbual dengan rakan lama aku yang kini membuka perawatan alternatif berpusat di Johor bahru iaitu Darul Fattin.

Pusat perawatan alternatif menurut kawan aku ialah sebuah klinik merawat penyakit yang tidak boleh di rawat oleh doktor...hehehehehe.

Seronok Ke Belajar Ilmu Hitam
Pelbagai pengalaman beliau semasa merawat penyakit ganjil ini beliau ceritakan pada aku gara-gara perbuatan manusia sesama manusia.

Aku pun hairan dalam dunia yang serba moden ini pun ada lagi perbuatan seperti ini. Menurut rakan aku pengamalan ilmu hitam ini seronok kerana hasilnya cepat dan mudah.
Apatah lagi jika syarat-syarat atau pengerasnya tidak sukar. 

Dan yang bestnya, orang yang kena ilmu hitam tersebut langsung tidak ketahui mereka terkena hinggalah tanda-tanda fizikal muncul di diri mereka. Seperti bersifat murung, perut busung, badan makin kurus dan macam-macam lagi lerrr...

Namun persoalan timbul kenapa mereka sanggup mengamalkan ilmu hitam kepada seseorang? Adakah mereka lupa pembalasan Allah malahan perbuatan mereka itu terkeluar dari norma-norma agama kerana menyeksa sesama manusia dan tidak salah dikatakan sebagai pembunuh. Mereka tidak takut ker?

Seronok Ke Belajar Ilmu Hitam
Rakan aku kata sebabnya ialah nafsu menguasai diri yang terdiri dua perkara iaitu marah dan cemburu. Janji mereka dapat puaskan hati mereka tanpa mengira dosa.

Malangnya hidup mereka ini di dunia ini, untuk aku secara peribadi tiada gunanya segala kebaikan yang kita buat jika hati kita kotor hingga sanggup membuat perkara sedemikian. Walau pun kita marah sangat atau cemburu, Allah ada kasi kita akal dan ilmu iaitu iman.

Namun di dalam hati aku, kadangkala seseorang membuat perkara sedemikian mesti mempunyai sebab musabab.  Sebenarnya mereka tidak sejahat itu tetapi seseorang itu menghina atau memalukannya membuatkan mereka melakukan amalan ilmu hitam.

Nak pukul tak boleh...sebab tak kuat...heheheheh. Kalau aku pukul sudah tentu aku masuk lokap..So cara terbaik ialah buat ilmu hitam lerrrr..

Tapi kalau bab cemburu aku kurang pasti ler...Kalau setakat orang tersebut lebih berjaya dari kau takkan kau nak tuju-tuju dia lak... Rezeki, Jodoh dan Maut semuanya ketentuan Allah. Kenapa kita nak cemburu, mungkin belum sampai restu lagi kot..ahaks.
Orang macam ni aku tak boleh nak komen ler.

TETAPI ADAKAH ALASAN ITU MENGHALALKAN CARA?

Seronok kan belajar ilmu hitam ini...hehehehehehe.
Tapi untuk ingatan .....ingatlah pembalasan tuhan....amin.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Sukma berkata…
dorang nak test power