Dalam tahun ini dah 2 kali kes penculikan berlaku di Sabah. Kali ini warga China pula yang diculik. Kalau kita tak ambil tindakan segera , aku rasa industri pelancongan di Sabah akan terjejas.
Kalau aku pun, mesti fikir 20 kali kalau nak melancong ke pulau peranginan di Sabah. Serius ini!!!
Kerajaan mesti bertindak pantas sebelum media asing buat cerita di media mereka.
Kumpulan penculik lengkap bersenjata yang menculik seorang lelaki warga China dipercayai melarikan diri di Kampung Saluang di Selatan Sibutu Filipina.
Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi itu, mangsa yang diculik dikenali sebagai Yang Zailin, 34, yang juga pengurus Sangkar Ikan di Pulau Baik, Silam Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan penculikan itu pada jam 2.50 pagi, pasukan polis marin bergegas menjalankan siasatan dan berjaya menjejaki kumpulan itu di Perairan Pulau Mataking Semporna.
"Ketika itu, berlaku tembak menembak antara pasukan polis marin dengan kumpulan penculik terbabit sebelum mereka (penculik) melarikan diri di Perairan Alise Reef lalu masuk ke Kampung Saluang di Selatan Sibutu Filipina.
"Selepas itu, pasukan polis marin terpaksa berpatah balik disebabkan kumpulan berkenaan masuk ke sempadan Filipina sebagai langkah keselamatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini, sebentar tadi.
Hamza berkata, kumpulan ini membabitkan lima orang yang mana dua lengkap bersenjata jenis M16 dengan lengkap memakai baju celoreng manakala tiga hanya memakai pakaian preman.
1 Ulasan