Revolusi teknologi menjadikan pembelian dan transaksi secara online
sebagai sebahagian daripada kehidupan kita. Akan tetapi, kebanyakan
orang masih lagi teragak-agak untuk membuat urusan kewangan secara
online, benar? Maklumlah, ramai merasakan bahawa berkongsi maklumat
kewangan menerusi medium ini kadang-kala tidak selamat kerana tiada
campur tangan manusia dalam urusan berkenaan. Mujurlah, terdapat
beberapa syarikat atau model perniagaan yang diwujudkan untuk membendung
keraguan ini serta menyediakan kaedah yang selamat kepada orang ramai
untuk membuat transaksi online. Salah satu model perniagaan ini ialah
PayPal!
1. Pergi ke laman web paypal.com.
2. Klik pada link ‘sign up’.
3. Anda memerlukan alamat email yang sah.
4. Pilih daripada 3 pilihan yang ada: Personal, Premium dan Business
5. Masukkan maklumat kad kredit, kad debit atau akaun bank ke akaun Paypal anda.
Nota: Akaun Peribadi atau Personal ialah akaun untuk individu yang membuat pembelian online; Akaun Premier untuk individu yang membeli dan menjual secara online; Akaun Perniagaan atau Business untuk peniaga yang menggunakan nama syarikat atau kumpulan.
2. Pilih Paypal apabila anda lawat laman web kedai / blog
3. Daftar masuk ke Paypal menggunakan alamat e-mel dan masukkan kata laluan.
Selepas anda memilih cara pembayaran yang anda mahu, Paypal akan memproses bayaran tanpa mengeluarkan apa-apa maklumat kewangan anda kepada peniaga. Penjual dan pembeli boleh memilih untuk membuat transaksi daripada Paypal ke akaun bank mereka atau kad kredit, atau boleh memilih untuk menggunakan baki akaun Paypal untuk membayar secara online. Ini adalah prosesnya :

Pengeluaran daripada akaun PayPal anda mestilah memenuhi amaun pengeluaran minima. Jika maklumat dalam permintaan pengeluaran anda tidak lengkap atau salah, PayPal akan memulangkan amaun pengeluaran ke dalam akaun PayPal dan mengenakan caj pemulangan. Pengeluar kad anda mungkin akan mengenakan yuran tambahan.
Membayar dengan Paypal juga memberikan anda akses kepada penyelesaian pertikaian forum yang dikenali sebagai Resolution Centre. Anda boleh memfailkan tuntutan terhadap perkara-perkara berikut:
Paypal tidak terdapat di sesetengah negara terutama negara-negara sedang membangun di mana penipuan internet lazim berlaku.

Dengan PayPal, anda tidak perlu memasukkan maklumat peribadi anda berulang kali apabila membuat pembayaran atau mendedahkan maklumat kewangan rahsia anda. Ini kerana maklumat peribadi anda telah disimpan dalam satu data keselamatan enkripsi PayPal. Apabila anda membayar menggunakan akaun PayPal, anda hanya perlu log masuk ke PayPal dan pilih kaedah pembayaran yang anda suka. PayPal akan memproses pembayaran anda tanpa mendedahkan sebarang maklumat kewangan anda kepada peniaga. Ini terbukti selamat, cepat dan mudah.
Walaubagaimanapun, masih terdapat kebarangkalian untuk berlakunya penipuan atau kecurian jika penjenayah siber berjaya mengakses akaun PayPal anda. Oleh itu, dinasihatkan supaya anda mencipta kata laluan unik untuk akaun PayPal anda demi mengelakkan penggodam maklumat siber.
Walaupun Paypal diterima secara meluas, tetapi ia masih tidak diterima di semua tempat. Terdapat beberapa negara yang mana PayPal tidak dapat beroperasi.
Jadi, apakah caj-cajnya?
Dibawah adalah yuran transaksi antarabangsa untuk bank-bank Malaysia:
Segalanya bergantung kepada apa yang anda cari dan perlukan, Jadi pastikan anda membuat kajian dan analisa yang lengkap sebelum memutuskan servis apa yang anda ingin gunakan!
Apa itu PayPal?
Paypal merupakan cara pembayaran secara online di mana ia menyimpan maklumat akaun bank anda, kad debit dan kredit anda. Jadi daripada membuat perbankan menggunakan cek atau money order, anda boleh membayar dengan satu click saja dengan Paypal ini. Tetapi untuk berbuat demikian, anda mestilah mempunyai akaun Paypal terlebih dahulu. Ramai orang telah berganjak ke sistem PayPal ini kerana ianya diterima secara meluas di dalam dunia membeli-belah dan ia juga diterima di kebanyakan negara (bagus untuk mereka yang sering membuat transaksi antarabangsa).Siapa yang Berkelayakan untuk mempunyai Akaun Paypal?
Untuk membuka akaun Paypal, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas dan merupakan warganegara salah satu negara yang tersenarai dalam PayPal Worldwide Page (semak negara-negara berkenaan di sini). Untungnya, Malaysia adalah salah satu daripada negara tersenarai!Bagaimana saya boleh membuat Akaun Paypal?
Anda tak perlu untuk membayar apa-apa yuran untuk membukan akaun Paypal! Berikut adalah langkah mudah untuk membuat akaun Paypal :1. Pergi ke laman web paypal.com.
2. Klik pada link ‘sign up’.
3. Anda memerlukan alamat email yang sah.
4. Pilih daripada 3 pilihan yang ada: Personal, Premium dan Business
5. Masukkan maklumat kad kredit, kad debit atau akaun bank ke akaun Paypal anda.
Nota: Akaun Peribadi atau Personal ialah akaun untuk individu yang membuat pembelian online; Akaun Premier untuk individu yang membeli dan menjual secara online; Akaun Perniagaan atau Business untuk peniaga yang menggunakan nama syarikat atau kumpulan.
Bagaimana Paypal berfungsi?
1. Apabila anda mahu membuat transaksi on-line2. Pilih Paypal apabila anda lawat laman web kedai / blog
3. Daftar masuk ke Paypal menggunakan alamat e-mel dan masukkan kata laluan.
Selepas anda memilih cara pembayaran yang anda mahu, Paypal akan memproses bayaran tanpa mengeluarkan apa-apa maklumat kewangan anda kepada peniaga. Penjual dan pembeli boleh memilih untuk membuat transaksi daripada Paypal ke akaun bank mereka atau kad kredit, atau boleh memilih untuk menggunakan baki akaun Paypal untuk membayar secara online. Ini adalah prosesnya :
Caj PayPal
PayPal mengenakan caj untuk setiap transaksi online. Berikut adalah caj-caj yang dikenakan apabila anda menggunakan PayPal:Caj untuk Transaksi Online
|
|
||
---|---|---|---|
3.4% + RM2.00 untuk pembayaran kad kredit (samada pengirim atau penerima boleh membayar yuran ini). |
Yuran untuk Pengeluaran Wang daripada Akaun Paypal
Walaupun membuka akaun PayPal adalah percuma, tetapi terdapat yuran untuk perkara-perkara berikut:Yuran Pengeluaran Bank
|
|
|
|
|
---|---|---|---|---|
Jika RM400.00 MYR atau lebih dikeluarkan | Jika RM400.00 MYR atau kurang dikeluarkan | |||
Yuran Pengeluaran Kad
|
|
|
---|---|---|
20.00 AED | 10.00 USD | 10.00 USD |
Pengeluaran daripada akaun PayPal anda mestilah memenuhi amaun pengeluaran minima. Jika maklumat dalam permintaan pengeluaran anda tidak lengkap atau salah, PayPal akan memulangkan amaun pengeluaran ke dalam akaun PayPal dan mengenakan caj pemulangan. Pengeluar kad anda mungkin akan mengenakan yuran tambahan.
PayPal: Ciri-ciri dan Faedahnya
PayPal mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:Mudah Diakses
Apa yang menarik dengan menggunakan Paypal adalah anda boleh membeli-belah dengan tenang: Anda boleh membuat pembayaran pembelian anda dan menghantar wang ke lebih 190 negara! Ditambah pula, penerima tidak perlu mempunyai akaun Paypal – mereka boleh mendaftar apabila mereka menerima bayaran anda. Paypal ini digunakan oleh ribuan perniagaan seluruh dunia dan ia merupakan kaedah pembayaran yang digunakan di eBay. Juga, pendaftaran Paypal amat mudah dan cepat. Anda boleh menggunakan akaun anda dalam tempoh satu minit selepas pendaftaran.Selamat
Paypal menekankan aspek keselamatan data dan tiada maklumat kewangan anda yang akan didedahkan kepada peniaga. Mereka yakin dapat mengelakkan kecurian identiti dengan:- Menggunakan teknologi dan model pencegahan penipuan terkini untuk menghentikan jenayah siber!
- Lebih daripada 2000 pakar daripada seluruh dunia termasuk bekas pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang yang bekerjasama dengan agensi-agensi antarabangsa untuk mencegah penipuan dan kecurian identiti.
- Sistem Pengesahan Paypal. Ramai pemilik akaun mengesahkan akaun dan menetapkan identiti dengan paypal.
Membayar dengan Paypal juga memberikan anda akses kepada penyelesaian pertikaian forum yang dikenali sebagai Resolution Centre. Anda boleh memfailkan tuntutan terhadap perkara-perkara berikut:
- Barangan yang anda telah bayar tetapi anda tidak terima
- Barangan yang anda beli menerusi eBay tetapi berlainan daripada apa yang dinyatakan di dalam senarai
Kekurangan Paypal
Yuran-yuran Asas dan Sekatan
Terdapat yuran nominal untuk beberapa transaksi yang ditawarkan oleh Paypal. Yuran Paypal boleh dikatakan mahal jika anda membuat transaksi dalam amaun yang besar (untuk akaun premier dan perniagaan). Untuk jumlah transaksi kecil, akaun peribadi adalah terbaik digunakan. Walaupun ianya percuma, amaun yang boleh dipindahkan adalah terhad. Sebaliknya, akaun Perniagaan dan Premier tidak mempunyai sekatan sedemikian tetapi yuran yang dikenakan adalah tinggi. Maknanya, Paypal mengambil peratusan besar daripada wang yang dipindahkan.Akaun Dikunci dan Langkah-Langkah Keselamatan yang Ketat
Kerajaan Amerika Syarikat menetapkan satu undang-undang ketat iaitu menyekat bilangan transaksi menerusi Paypal berikutan ancaman pengganas. Jika akaun anda berada dalam keraguan, akaun anda akan serta merta dibekukan. Paypal kemudiannya akan menjalankan siasatan untuk mengenalpasti dan mengesahkan keselamatan akaun anda dan ini akan mengambil masa yang agak lama. Wang anda akan dibekukan untuk jangka masa yang panjang dan Paypal akan diberikan hak pengawalan sepenuhnya ke atas wang anda.Tukaran Mata Wang
Pembayaran dalam mata wang asing perlu ditukar kepada mata wang tempatan sebelum anda membuat transaksi ke bank anda. Anda tidak boleh membuka akaun mata wang asing bagi mengelakkan tukaran. Tukaran mata wang ini dijalankan pada kadar kad kredit. Tambahan pula, kumpulan mata wang Paypal hanya terhad kepasa 23 mata wang sahaja. Sesetengah mata wang penting seperti India Rupee dikecualikan.Paypal tidak terdapat di sesetengah negara terutama negara-negara sedang membangun di mana penipuan internet lazim berlaku.
Alternatif kepada PayPal untuk Pemindahan Telegraf Antarabangsa – PayPal vs. Kad Kredit
Dengan PayPal, anda tidak perlu memasukkan maklumat peribadi anda berulang kali apabila membuat pembayaran atau mendedahkan maklumat kewangan rahsia anda. Ini kerana maklumat peribadi anda telah disimpan dalam satu data keselamatan enkripsi PayPal. Apabila anda membayar menggunakan akaun PayPal, anda hanya perlu log masuk ke PayPal dan pilih kaedah pembayaran yang anda suka. PayPal akan memproses pembayaran anda tanpa mendedahkan sebarang maklumat kewangan anda kepada peniaga. Ini terbukti selamat, cepat dan mudah.
Walaubagaimanapun, masih terdapat kebarangkalian untuk berlakunya penipuan atau kecurian jika penjenayah siber berjaya mengakses akaun PayPal anda. Oleh itu, dinasihatkan supaya anda mencipta kata laluan unik untuk akaun PayPal anda demi mengelakkan penggodam maklumat siber.
Walaupun Paypal diterima secara meluas, tetapi ia masih tidak diterima di semua tempat. Terdapat beberapa negara yang mana PayPal tidak dapat beroperasi.
Kad Kredit
Kad kredit diterima di mana-mana sahaja. Bank juga kebiasaannya mempunyai sistem sekuriti yang tinggi untuk mencegah berlakunya kecurian dan penipuan identiti. Walaubagaimanapun, kini terdapat pasaran gelap yang semakin berkembang bagi data kad kredit yang dicuri. Jika kad kredit anda dicuri, ianya boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti pembelian secara online dan secara biasa. Dengan akaun Paypal, hanya transaksi online sahaja yang boleh dijalankan.Jadi, apakah caj-cajnya?
Dibawah adalah yuran transaksi antarabangsa untuk bank-bank Malaysia:
Affin Bank
Alliance Bank
Ambank
CIMB
Hong Leong Bank
Maybank
Public Bank
RHB Bank
Alternatif kepada Paypal – Paypal vs. Western Union
PayPal dan Western Union adalah dua model perniagaan yang berbeza; Paypal lebih fokus kepada pembayaran online, manakala Western Union memberi lebih fokus kepada pemindahan wang. Lain-lain perbezaan termasuklah:Kaedah Transaksi:
Untuk menggunakan Paypal, anda perlu mempunyai akaun Paypal. Sebaliknya, Western Union menjalankan transaksi melalui ejen. Sebagai contoh, CIMB mempunyai perjanjian dengan Western Union untuk pemindahan wang antarabangsa.Ketersediaan
Paypal hanya terdapat di negara-negara tertentu manakala Western Union terdapat secara meluas di seluruh dunia (kecuali di negara-negara yang dipersetujui Amerika Syarikat).Borang Tunai (atau lain-lain)
Ianya adalah mustahil untuk menukarkan wang di dalam akaun PayPal anda ke dalam bentuk tunai sebelum memindahkannya ke dalam akaun bank anda. Bagaimanapun, melalui Western Union, wang anda dapat diperolehi dalam bentuk tunai atau bentuk lain yang anda inginkan.Caj-caj : Western Union
Yuran pemindahan wang melalui Western Union bergantung kepada ejen yang mempunyai caj-caj yang berbeza. Sebagai contoh, CIMB menyatakan bahawa caj adalah berbeza mengikut destinasi negara, bermula daripada USD3.20 hingga USD110. Sila semak dengan bank-bank yang berkenaan tentang caj-caj yang dikenakan.Yang Manakah Membantu Saya Berjimat?
Anda perlu melakukan kajian yang mencukupi bagi membuat keputusan apa yang diperlukan. Sebagai contoh, jika anda memertimbangkan untuk menggunakan Paypal untuk perniagaan kecil sambilan, ianya mungkin lebih mahal untuk menggunakan akaun perniagaan kerana peratusan yang tinggi ditolak dalam setiap transaksi. Ianya lebih baik jika menggunakan transaksi percuma akaun peribadi. Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan pemindahan wang, ianya mungkin lebih murah dengan menggunakan servis pemindahan bertelegraf bank asing dan bukannya Western Union kerana kebanyakan bank mengenakan caj dengan kadar rata untuk pemindahan wang bertelegraf dan ianya agak perlahan berbanding Western Union.Segalanya bergantung kepada apa yang anda cari dan perlukan, Jadi pastikan anda membuat kajian dan analisa yang lengkap sebelum memutuskan servis apa yang anda ingin gunakan!
0 Ulasan