Isu panas mengenai kuasa raja di Johor yang didakwa cuba campurtangan hal pentadbiran negeri Johor dengan mengusai hal ehwal hartanah dan perumahan.
Ramai membuat andaian Sultan Johor hendak mengaut kekayaan negeri Johor melalui enakmen ini. Tetapi untuk aku secara peribadi ianya untuk kebajikan rakyat Johor.
Buat apa Sultan Johor nak duit lagi kerana kerabat Johor memang dah cukup kaya dan satu Malaysia pun tahu kan!!
Bayangkan sekarang ini harga rumah di Malaysia kini paling rendah pun RM200,000 dan aku jangka anak aku pada masa akan datang hanya layak menyewa sahaja. Nak beli tak mampu..
Di Melaka, semua hartanah kebanyakan di bolot oleh warga Singapura dan sudah pasti tanah-tanah di Johor melalui iprojek mega bukannya milik rakyat johor pun tetapi Singapura...
Dan aku yakin pindaan LPHJ ini di bawah kuasa raja mempunyai impak yang baik dalam membendung kenaikan harga rumah di Johor dan tanah-tanah di Johor kekal milik rakyat Johor.
Jangan kita melenting, mari kita lihat apa yang akan terjadi melalui pindaan LPHJ ini. Aku yakin kebajikan rakyat Johor pasti terjaga dan secara tak langsung BN juga yang menang. Win-Win situation.
Ini tujuan pindaan LPHJ ini pada pendapat aku. Sultan Johor adalah Sultan yang menjaga rakyatnya.
Aku tak mahu tulis panjang sebab musabab ini tetapi aku rasa tujuannya adalah kawal harga rumah dan memastikan tanah di Johor tidak hilang kepada bangsa asing dari negara asing.
Aku bukan penyokong Sultan Johor sebab aku orang Melaka tetapi aku membuat ulasan ini berdasarkan situasi semasa yang berlaku di negara ini.
Berikut adalah senarai 10 pindaan dalam lapan fasal Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014:
* Fasal 4 (1) (d) Keanggotaan Lembaga
Lembaga hendaklah terdiri tidak lebih empat orang wakil daripada apa-apa
perbadanan, agensi atau mana-mana orang yang membawa manfaat kepada lembaga
yang dilantik oleh Raja

Dipinda - Lembaga hendaklah terdiri tidak lebih empat orang wakil daripada apa-apa perbadanan, agensi atau mana-mana orang yang membawa manfaat kepada lembaga yang dilantik oleh Raja atau Menteri Besar.
* Fasal 4 (2) Keanggotaan Lembaga
Seseorang anggota Lembaga kecuali sesiapa yang disebut dalam perenggan (a),
(b) dan (c) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
dan adalah layak dilantik semula, melainkan jika dia tidak terlebih dahulu
meletak atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu
diberhentikan oleh Raja.
Dipinda - Seorang anggota Lembaga kecuali sesiapa yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula, melainkan jika dia terlebih dahulu meletak atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan oleh Raja atau Menteri Besar.
* Fasal 4 (3) Keanggotaan Lembaga
Ahli-ahli Lembaga bolehlah dibayar saraan atau elaun seperti yang ditentukan
oleh Raja.
Dipinda - Ahli-ahli Lembaga bolehlah dibayar saraan atau elaun yang ditentukan oleh kehendak Pihak Berkuasa Negeri.
* Fasal 7 Kuasa Untuk Menubuhkan Perbadanan
Lembaga bolehlah dari semasa ke semasa, dengan keputusan Raja, menubuhkan
suatu perbadanan menurut Jadual Kedua dengan apa-apa nama yang ditentukan oleh
Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan,
projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan Lembaga.
Dipinda - Lembaga bolehlah dari semasa ke semasa dengan kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri, menubuhkan suatu perbadanan menurut Jadual Kedua dengan apa-apa nama
yang ditentukan Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan
pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan oleh Lembaga.
* Fasal 12 (2) Pelantikan Pengarah, Pegawai dan Pengkhidmat;
Segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat
kelulusan Raja.
Dipinda - Segala pelantikan Pengarah hendaklah dengan terlebih dahulu mendapat
kelulusan Raja atas nasihat Menteri Besar.
* Fasal 26 (2) Kewangan
Lembaga hendaklah sebelum permulaan Julai menyerahkan kepada Raja dan Pihak
Berkuasa Negeri anggaran perbelanjaan untuk tahun hadapan dalam bentuk berserta
butir-butir yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa
Negeri hendaklah sebelum permulaan September setiap tahun memberitahu Lembaga
berkenaan jumlah yang dibenarkan untuk perbelanjaan secara amnya ataupun untuk
jumlah yang dibenarkan setiap perbelanjaan.
Dipinda - Lembaga hendaklah sebelum permulaan Julai menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri anggaran perbelanjaan untuk tahun hadapan dalam bentuk dan berserta butir-butir yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah sebelum permulaan bulan September memberitahu Lembaga
berkenaan jumlah yang dibenarkan untuk perbelanjaan am atau untuk jumlah yang
dibenarkan setiap jenis perbelanjaan.
* Fasal 32 (3) Tahun Kewangan dan Akaun Beraudit
Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu
tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Raja dan Pihak
Berkuasa Negeri bersama-sama satu salinan atau kebenaran yang dibuat oleh Ketua
Audit Negara atau juru audit yang dilantik di bawah sub Seksyen (2) atas apa-apa
kenyataan akaun Lembaga dengan satu salinan laporan dirujuk dalam Seksyen 34.
Dipinda - Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Pihak Berkuasa Negeri, bersama-sama satu salinan atau kebenaran yang dibuat oleh Audit Negara atau juru audit yang dilantik di bawah sub Seksyen (2) atas apa-apa kenyataan akaun Lembaga dengan satu salinan laporan merujuk Seksyen 34.
* Fasal 33 (1) Siasatan Terhadap Akaun
Raja atau Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang
tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun
dan urusniaga Lembaga.
Dipinda - Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urusniaga Lembaga.
* Fasal 34 (1) Laporan Tahunan
Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya,
menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa Negeri suatu
laporan menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun yang lepas.
Dipinda - Lembaga hendaklah, tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri suatu laporan menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun yang lalu.
* Fasal 43 (1) Penggulungan dan Pembubaran
Raja boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya
Lembaga digulung dan dibubarkan.
Dipinda - Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan supaya Lembaga digulung dan dibubarkan.

0 Ulasan