Isu Cadbury: KKM Akui Kesilapan

Isu Cadbury: KKM Akui Kesilapan

Isu Cadbury: KKM Akui Kesilapan

Biar  betul!!! Baru sekejap tadi aku lihat kat TV, Kementerian Kesihatan telah akui buat kesilapan kerana tidak melakukan ujian kedua sebelum mengumumkan Cadbury ada DNA babi!!!

Dan KKM juga pada masa akan dtang tidak akan melangkau kuasa pihak JAKIM dalam isu halal haram ini. Pertindihan kuasa oleh KKM telah menyebabkan krebiliti JAKIM mulai diragui..

Aku tak dapat nak kata apa-apa ler.....tak terucap..
Sebab impak pengumuman oleh KKM telah menyebabkan kecoh seMalaysia!!!

Walau bagaimana pun tahniah aku ucapkan pada KKM kerana berani bersuara dalam hal ini.
Namun aku tetap tak puas hati kepada KKM dan JAKIM yang bertelagah di media.

Kenapa JAKIM tidak meminta data ujian dari KKM dahulu jika ingin menyelesaikan isu Cadbury ini secara baik.
Dan kenapa KKM tak minta nasihat JAKIM sebelum siarkan di media tentang isu halal dan haram ini

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran laporan awal ujian DNA babi dalam kandungan coklat Cadbury. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya mengesahkan bahawa pihaknya melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman pertama.

Catat Ulasan

0 Ulasan