Sifat-sifat terbaik orang Jepun yang aku memang kagumi apabila melibatkan kerja atau kebersihan. Aku dah mula kagum sejak tsunami melanda Jepun apabila rakyatnya sabar beratur mengambil bantuan...
Dan kini apabila berbicara tentang kebersihan, mereka tetap nombor satu.
Kebanyakan penyokong bola sepak lazimnya mempunyai reputasi menyelerakkan stadium selepas menyaksikan sesuatu perlawanan sama ada pasukan mereka tewas atau menang.
Lain pula halnya bagi penyokong Jepun pada Piala Dunia kali ini apabila mereka menunjukkan teladan yang wajar dicontohi walaupun bersedih kerana pasukan mereka tewas
Pasukan Jepun kalah 1-2 kepada Ivory Coast dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C di stadium Arena Pernambuco, Recife, Brazil kelmarin.
Walaupun pasukan kebangsaan mereka tewas, penyokong negara matahari terbit itu masih bersemangat membersihkan kawasan tempat duduk mereka selepas perlawanan berakhir.
Sikap murni yang ditunjukkan oleh penyokong Jepun itu jarang dilihat pada era bola sepak masa kini terutamanya apabila melibatkan perlawanan antarabangsa.
0 Ulasan