Slot Akasia Julai 2014 Rindu Awak 200%

Slot Akasia Julai 2014 Rindu Awak 200%

Rindu Awak 200%

Drama yang akan menggantikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan iaitu Drama Rindu Awak 200% di Slot Akasia TV3. 


Sebuah drama adaptasi novel karya Liyana Zahim. Dengan kerjasama Creative Skill Solution. Ringkasan drama terbaru ini:-

JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
SIARAN : Slot Akasia TV3 (Mengantikan Kerana Terpaksa Aku Relakan)
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution

Barisan Pelakon Drama Rindu Awak 200%
  • Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
  • Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
  • Mimi Ernida sebagai Daria
  • Zuhairi sebagai Zahirin
  • Jonathan Putra  sebagai Raizil
  • Adeline Tsen sebagai Irene
  • Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
  • Afzan A.Rahman sebagai Azad
  • Fazahmaddaud sebagai Raziqah
  • Fathildani sebagai Iqbal
  • Fazah Mad Daud
  • Ika Nabella sebagai Nazneen

Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Akasia TV3
Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. 

Manakala, Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. 

Mereka juga tidak bersefahaman dan saling tidak melengkapi antara satu sama yang lain. Armel juga langsung tidak mengenali Zill Faezrul iaitu suaminya sendiri. Zill Faezrul yang sentiasa menghilangkan diri juga menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel juga pernah berfikir siapakah gerangan Zill Faerul seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque.

Catat Ulasan

0 Ulasan