Kecoh gak pasal Ku Nan melarang pemberian makanan percuma kepada gelandangan oleh beberapa organisasi NGO yang dikenali sebagai "Soup Kitchen".
Ramai yang kutuk Ku Nan tetapi Ku Nan risau melalui pemberian makanan percuma ini, ia akan memberi impak negatif dengan pertambahan golongan gelandangan atau lagi teruk pertambahan golongan malas bekerja, penagih dan pelbagai impak buruk yang lain.
Namun jika mahu difikirkan semua itu, penyekatan aktiviti "Soup Kitchen" ini akan membantutkan semangat nilai murni rakyat Malaysia. Bukan kerja mudah nak bungkus, nak masak dan berjaga malam hanya untuk beri makan orang yang tidak kita kenali.
Tapi kini aku lihat Ku Nan dan badan oraganisasi "Soup Kitchen" telah bersetuju mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan berada dalam kawasan 2km radius dari ibu kota
Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti 'Soup Kitchen' hanya dibenarkan meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos ini iaitu selepas sambutan Aidilfitri.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tarikh itu telah dipersetujui sebagai tarikh baharu penguatkuasaan larangan memberi makanan kepada gelandangan selepas mengadakan perjumpaan dengan 12 NGO hari ini.
Mereka masih boleh mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan berada dalam kawasan 2km radius dari ibu kota," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun NGO yang mempunyai premis yang sesuai seperti rumah ibadat atau bangunan sendiri dibenarkan mengagih makanan walaupun dalam lingkungan 2km radius.
Menurut Tengku Adnan, antara hasil perbincangan lain yang dipersetujui adalah semua NGO akan bekerjasama dengan kerajaan bagi membanteras aktiviti sindiket yang menggunakan pengemis untuk meminta sedekah dan mewujudkan premis angkat Anjung Singgah.
Katanya, satu lagi sesi perjumpaan bersama-sama golongan gelandangan dan pengemis juga akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mendengar keluhan dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah dan gelandangan serta aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan dan mencemarkan imej bandar raya dari segi kebersihan.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata faktor kurang pendidikan dan tidak mempunyai kelayakan mendorong peningkatan golongan gelandangan.
"Satu kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menunjukkan bahawa punca peningkatan gelandangan adalah kerana mereka tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan," katanya dalam Majlis Penyerahan Bantuan Pelajaran Pelajar Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), di sini.
2 Ulasan