![]() |
Sotong Goreng |
Malam tadi hujan , so aku dan wife aku ambil kesempatan makan di kedai ini. Sebenarnya tak der plan pun sebab kedai yang kami nak makan tutup...hehehehehe. Itu yag tukar selera kesana...
Kedai Asam Pedas Power "ORI" Melaka ini terletak di Bandar Hilir Melaka atau berhadapan depan Perigi Hang Li Poh. Atau bersebelahan kawasan perkuburan Islam di Bukit Cina.
Senang sangat nak cari. Tanya orang mana Perigi Hang Li Poh mesti kau nampak kedai tu. tapi kedai tu bukanlah eksklusif sangat. Kedai jenis lama..
Pertama kali makan kat sana, wife aku pilih ikan merah sebagai pilihannya dengan sotong masak goreng. Wife aku kata buat dua mangkuk asam pedas.
Yang bestnya kat Kedai Asam Pedas Power "ORI" Melaka dia masak ikan itu setelah kita pilih ikan. Ini bermakna ikan yang kita dapat sangat fresh dan lauk asam pedas pun baru masak.
Yang buat kami terperanjat ialah setelah sampai mangkuk asam pedas itu ialah mangkuk itu tersangat besar..hahahahaha.
![]() |
Mangkuk Besar Punya |
Aku kata kat wife aku, kita telan ajer ler. Tapi wife aku malu ler...hahahahaha.
Lalu kami bungkus satu mangkuk asam pedas tu dan kongsi makan satu mangkuk itu. Lagi pun sotong goreng pun ada...
Review kat kedai Kedai Asam Pedas Power "ORI" Melaka ini sebagai anak Melaka memang power!!!
Aku dah lama tak makan asam pedas sepedas ini!! Pernah tak kau makan sambal yang pedas dan walaupun pedas tapi kau nak makan lagi. Macam itu ler pedasnya..
Berpeluh aku walaupun pada malam itu hujan...hehehehehe. Malahan aku pernah dengar orang hirup kuah asam pedas kerana kesedapannya..
Melampau statement aku ini...hahahahaha. Tapi itulah yang aku dengar dari buah mulut orang. Dan aku rasa logik gak , sebab mangkuk kuah dia melampau besar...hehehehehe.
Kalau anda datang ke Melaka, nak makan asam pedas "ORI" pergilah ke Kedai Asam Pedas Power "ORI" Melaka.
2 Ulasan