FCup Dessert - Taiwan Ice Dessert

FCup Dessert - Taiwan Ice Dessert

FCup Dessert - Taiwan Ice Dessert

Hari ini makan lagi...heheheheh. Tempoh hari makan Asam Pedas "Ori". Kali ini kami makan Taiwan Ice Dessert iaitu kedai ini menjual aiskrim pelbagai menu yang diuar-uarkan orang ler...

Tempoh hari FCup Dessert ini ada buat promosi dimana kalau beli baucer RM20 dapat nilai makanan sebanyak RM40. So bini aku ambil kesempatan bersama rakan-rakan beliau beli baucer ini.

FCup Dessert - Taiwan Ice Dessert
Pertama kali sampai kami minuman spesial mereka. Aku kata apa yang paling spesial kat sini. Amoi tu kata paling spesial ialah Durian Snow White.

Bini aku order yang itu manakala aku order ABC Emperor Mix Fruit.

Memang kedai ini pakar dalam bidang minuman. Memang sodap!!

Takkan minum ajer kan, so kami order makanan. Makanan yang kami order pula ialah Marinated Chicken Chop dan Tempura Shawn.
FCup Dessert - Taiwan Ice Dessert

Dalam bab makanan kedai ini kurang sikit dimana Marinated Chicken dia masin sikit. Memang ada kelainan sebab dia tabur balck pepper dan cicah sos tetapi masinnya agak kuat.
FCup Dessert - Taiwan Ice Dessert

Manakala Tempura Shrimp Ball pula aku rasa agak baik dan sodap ler. Tapi aku pernah makan lagi sedap..hehehehe.

Itu sahaja makanan yang kami cuba. Tapi yang lain-lain kami tak cuba ler..

Pendek kata kedai ini mempunyai kepakaran dalam bidag minuman dan makanan hanyalah sebagai menu tambahan sahaja. Itu pendapat aku ler..

Tapi yang penting jumlah yang kami kena sebanyak RM41.80 tetapi kami bayar RM1.80 sahaja sebab ada baucer yang dibeli...hehehehehehe,

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
tak nampak gambar..line tak kuat ..
pasti nampak sedap tu...