Biodata:
-Ijazah Sarjana dalam Matematik dan Ekonomi di University of Minnesota
-Sarjana Pendidikan (Matematik dan Ekonomi di Kolej Pendidikan dan Perkhidmatan Profesion Manusia, Amerika Syarikat.
-Karier Politik : Bermula sekitar 1987 atas nasihat perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membantu Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Pelajaran.
-Dilantik Pegawai Khas di Kementerian Pelajaran
-Setiausaha Peribadi kepada Anwar pada 1 Okt 1987 sehingga 1998.
-Kesetiaan Mohamed Azmin Ali kepada Anwar tidak berbelah-bahagi apabila beliau memilih untuk terus bersama ketuanya itu apabila Dr Mahathir memecat Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 2 Sept 1998 berikutan tuduhan liwat dan rasuah.
-Hubungan Mohamed Azmin Ali dengan Dr Mahathir mula keruh yang dianggap sebagai bapanya sendiri apabila Anwar Ibrahim dipecat
-Mohamed Azmin Ali merupakan antara pengasas Parti Keadilan (ketika itu) yang ditubuhkan pada 1999 bertujuan mencari keadilan untuk Anwar.
-Pada 2010 beliau menjadi Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2010/2013
-Mohamed Azmin Ali mengekalkan jawatan itu untuk penggal 2014/2017.
-Pada PRU ke-10 pada 1999, Mohamed Azmin (Parti Keadilan) menewaskan calon Barisan Nasional (BN)-Umno Datuk Fuad Hassan dengan majoriti 1,146 undi.
-Pada PRU Ke-12, 2008, Mohamed Azmin Ali menang kerusi Parlimen Gombak apabila menewaskan calon BN-Umno Said Anuar Said Ahmad dengan majoriti 6,867 undi dan memenangi kerusi DUN Bukit Antarabangsa apabila menewaskan calon BN-Umno Haslinda Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.
-Mohamed Azmin seterusnya mengekalkan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa untuk penggal kedua berturut-turut pada PRU ke-13.
1 Ulasan