Keratan Akhbar Kosmo
Seorang putera Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal mengecam Menteri Minyak negara itu, Ali bin Ibrahim Al-Naimi kerana membenarkan harga minyak jatuh di bawah paras AS$100 (RM329.85) setong, lapor akhbar The Telegraph kelmarin.
Putera Alwaleed yang juga seorang bilionair dan pelabur dalam sepucuk suratÂnya kepada Ali berkata, tindakan Arab Saudi membiarkan harga minyak jatuh di bawah paras AS$100 (RM329.85) setong boleh meÂnyebabkan ‘bencana’ terhadap ekonomi negara itu.
Ali, 79, yang sangat dihormati di Arab Saudi mempunyai pengaruh yang amat besar dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Beliau sebelum ini memberitahu bahawa tiada sebab untuk bimbang dengan kejatuhan harga minyak masa kini. Harga minyak mentah jatuh ke paras bawah AS$87 (RM286.96) setong selepas Agensi Tenaga Antarabangsa menurunkan ramalan permintaan miÂnyak tahun ini.
Semalam, harga minyak untuk penghantaran November depan susut kepada AS$82.72 (RM272.84) setong, harga paling rendah sejak November 2010.
Permintaan minyak dijangka meÂnurun akibat pertumbuhan ekonomi dunia yang rendah selain lebihan bekalan minyak dunia.
Arab Saudi merupakan pengeksÂport minyak terbesar dunia dengan pengeluaran sebanyak 12.5 juta tong sehari, sekali gus menjadi negara paling berkuasa dalam OPEC serta pasaran minyak dunia.
Tetapi kita pula naikkan harga minyak atas dasar kurangkan subsidi. Bila harga minyak dunia jatuh sepatutnya harga petrol dan diesel ikut jatuh kalau nak sangat ikut harga semasa..hehehehe.

0 Ulasan