RM3,133 Untuk Sekotak Coklat

RM3,133 Untuk Sekotak Coklat

RM3,133 Untuk Sekotak Coklat

Sebuah syarikat di sini melancarkan produk coklat dalam kotak emas 24 karat dan dijual pada harga £600 (RM3,133) lapor akhbar MailOnline semalam.

Terdapat 240 jenis coklat yang diisi dalam kotak kayu yang turut dihiasi kristal Swarovski.

Malah, pelanggan juga boleh membuat pembayaran lebih jika mahu nama mereka diukir di atas penutup bertatahkan emas itu.
RM3,133 Untuk Sekotak Coklat

Syarikat coklat Delice yang diasaskan oleh Jalel Ghayaza itu menggunakan bahan-bahan eksklusif serta mewah seperti coklat valrhona yang diimport dari Perancis, badam dari Tunisia serta kacang pistasio dari Afghanistan.

Syarikat berkenaan juga menggunakan bahan pewarna semula jadi daripada ubi bit, manakala kunyit digunakan untuk menghiasi coklat-coklat berkenaan. Terdapat coklat tanpa gula yang diperbuat daripada puri oren, strawberi dan epal.

“Meskipun dianggap sebagai coklat termahal, ia tetap laris dan mendapat sambutan ramai,” kata Jalel.

Catat Ulasan

2 Ulasan

ina berkata…
mesti coklatnya sdp tu..
Aimacomel berkata…
tak kuasa la nak beli mahal2 cekelat camni abg hanif. hhuhuhu,