Kecoh satu negara apabila isu buli menjadi tajuk perbualan hangat setelah beberapa lama ia senyap. Dan ia semakin panas apabila dua kes buli disiarkan di laman sosial selang dua hari,.
Bila melihat suasana buli terkini, terkedu aku melihat betapa ganasnya kaki buli zaman sekarang ini. Disepak terajang dan di flying kick hingga terbang budak yang dibuli. Dan muka kaki buli pula seolah-olah dunia ini milik mereka dengan mimik muka macam gangster konon-kononnya.
Tetapi realitinya makan minum mereka semua masih lagi tanggungan ibu bapa mereka. Mereka masih lagi budak hingusan yang berani apabila berkumpul beramai-ramai bersama rakan-rakan ala-ala gangster mereka.
Disebabkan bercita-cita nak menjadi gangster, mereka semua menjadi bodoh dengan mengambil video buli mereka dan kemudian menambahkan lagi kebengapan mereka, video tersebut di upload ke dunia internet.
Konon-kononnya untuk menunjukkan pada dunia betapa macho nya mereka dengan menendang dan memukul rakan yang lebih kecil dari mereka.
Sekarang ini, padan muka mereka kena tangkap dengan polis dan kemudian kena buang sekolah dan akhirnya mereka berpeluang bercampur gaul dengan rakan-rakan gangster mereka di Henry Gurney. Itulah cita-cita mereka.
Sebenarnya buli adalah perkara biasa dalam dunia persekolahan atau universiti tetapi zaman aku tak ler macam ni punya teruk. Mereka tak pukul kau, cuma kutuk-kutuk kau ajer dan buat perkara yang mengarut anak muda selalu buat.
Aktiviti mencuci baju senior adalah salah satu teknik buli yang paling popular diamalkan. Kadang-kadang kena jadi balaci bila makanan untuk senior. Kejutkan mereka dari tidur atau bawa barangan mereka.
Dan buli ini pula mempunyai satu jangkamasa tertentu dan setelah selesai buli ini dilakukan, anda menjadi rakan seperjuangan mereka. Dan apabila anda menjadi senior, tugas anda pula membuli budak-budak baru...hehehehehe. Dah macam satu budaya turun temurun tapi tidaklah sampai memukul. Dan bila kau dah tua, kau ketawa sendirian mengenang kau di buli dan kau membuli.
Untuk aku perkara ganas yang berlaku ini bukanlah buli tetapi gangsterisme dalam dunia persekolahan. Pembentukan mental kanak-kanak ini dalam menjadi kaki pukul atau penagih dadah pada masa akan datang.
0 Ulasan