Hari ini makan-makan Api Api Steamboat & Grill yang terletak berdekatan Aeon Jaya Jusco Melaka Central . Api Api Steamboat & Grill in memang terkenal di Melaka, cuma aku tak kesempatan nak makan di sana.

Dengan kadar bayaran tertentu maka makanlah seberapa banyak yang boleh...hehehehe.
Makanan yang istimewa adalah steamboat dengan pelbagai pilihan serta kuah tomyamnya yang sedap. Steamboat ini sebenarnya semu orang boleh buat tapi kuah tomyamnya yang memberi citara yang berlainan . Dan aku dapat katakan Api Api Steamboat & Grill kuah tomyamnya terbaik.
Selain itu ada pelbagai daging yang boleh disalai serta pelbagai perisa kuah dari black pepper hingga ke sos.
Kalau malas nak makan ia juga sediakan nasi putih, nasi lemak, bihun serta lauk pauk. Dan ais krim pun ada, aku dan member aku makan dua kali ais krim yang disediakan..hehehehe.
Pilihan air dari air gas hingga air laici, oren dan pelbagai air panas...
Api Api Steamboat & Grill ini kalau sesiapa nak pergi pastikan yang jenis kuat makan. Kalau tak kuat makan baik jangan makan. Satu kepala katakan RM23, pastikan jumlah yang boleh telan dalam 70% jumlah pembayaran ...hehehhehehe.
Aku dengan member aku , memang perut kosong dari tengahari tadi. Kami langsung tak sentuh nasi. Kami makan semua lauk pauk ajer...hehhehhehe
Jom ke Api Api Steamboat & Grill
2 Ulasan
Jemputlah ke blog saya #projek2ribu