Makro Fotografi Lagi

Makro Fotografi Lagi

Makro Fotografi Lagi
Hari ini aku meluangkan masa mengambil gambar makro yang sudah terlalu lama aku tak ambil. Dulu ada juga ambil gambar bunga atau pepatung.

Makro Fotografi Lagi
Entah kenapa tiba-tiba mood nak ambil gambar makro membuak-membuak. 

Aku menggunakan extension tube iaitu budget yang paling murah dalam mengambil gambar makro. Nak beli lensa makro, harganya beribu-ribu...hehehehhee.

Tapi lensa yang aku sambungkan pada extension tube menggunakan prime lensa 50mm. 

Aku menggunakan aperture f/8. Walau bagaimanapun kalau guna f/5.6 pun dah memandai sebenarnya untuk mendapatkan depth of field yang baik. Tak yah guna aperture f yang besar-besar atau aperture yang kecil...hehehehehe. 


Dalam mengambil gambar makro masalah utama ialah pencahayaan perlu cukup. Sebab itu dalam kerjaya makro ini kita perlukan ring flash. Itu pun aku tak der..hahahahaha.

Aku gunakan lampu LED tapi malangnya tak boleh menyala pula...huhuhuhu. So gambar yang diambil kurang berkualiti pada hari ini sebab pencahayaan gagal!!!!

Sedih gak sebab preparation telah dibuat tapi pencahayaan gagal...


Gambar makro tak susah nak ambil, dah ada extension tube dan cahaya yang mencukupi serta tripod maka tugas paling susah ialah manual adjustment pada lensa.

Aku ambil dua gambar:

a) Gambar atas ialah bunga pokok yang baru nak bertunas.
b) Gambar bawah ialah ulat gonggok yang melambak-lambakkat rumah aku  ini. Aku amik yang kena spray Ridsect, tapi agak sukar so aku ambil kaki ajer..ahaks

Makro Fotografi Lagi
   
Kalau anda berminat nak ambil gambar makro dengan budget rendah, aku ada buat tutorial pasal nak ambil gambar pepatung --klik sini 

Perhatian, ini bukan gambar yang terbaik yek. Ada banyak noise tapi aku nak tepek jugak..hahahaha

Catat Ulasan

1 Ulasan

setya berkata…
gambarnya keren bro, semoga sukses.