Apply Kerja Selepas Kursus Safety And Health Officer

Apply Kerja Selepas Kursus Safety And Health Officer


Assalamualaikum encik hanif .sy dzul duk area bangi je.saya berminat utk mengambil kursus sho ni tetapi ade sedikit perkara yang sy kurang fahami tentang mcm mana sy hendak apply berkerja apabila telah tmat peperiksaan tersebut.sy harap encik hanif dpt guide sy.

Inilah soalan yang saya terima melalui artikel Kursus Safety And Health Officer. Pertamanya sebelum kita menjadi Safety And Health Officer kita harus mengambil kursus 22 hari di Niosh.

Selepas kita tamat kursus, kita harus mengambil peperiksaan. Peperiksaan pula terdiri dari 4 kertas iaitu :
a) Kertas satu yang terdiri dari modul 1dan II
b) Kertas dua yang terdiri dari modu lII dan IV
c) Kertas tiga iaitu Praktikal (Stesen Kemahiran)
d) Kertas empat iiatu Tugasan Kerja ( WPA).

Masalah utama sebelum kamu minta kerja dan ingin certified sebagai Safety Officer ialah membuat tugasan kerja (WPA) . Masalah biasa yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang belum bekerja atau mereka yang bekerja bukan di tempat yang menekan soal keselamatan seperti kerja  di pejabat.

Lainlah kalau kamu bekerja di kilang-kilang, sudah tentu ada operasi yang memerlukan impak dan aspek keselamatan atau HIRAC.

Manakala kertas 1 hingga 3 tidaklah susah kerana kamu perlu baca ...hehehehehehe.

Lalu potensi mendapatkan kerja sebelum habiskan peperiksaan tugasan WPA memang mencabar. Mahu tak mahu terpaksa cari kerja yang menawarkan gaji yang rendah dalam RM1500-RM2000 bukan sebagai Safety Officer tetapi sebagai Assistant Safety Officer terlebih dahulu.

Terpaksa kerana anda tidak mempunyai pengalaman dan suka tak suka terpaksa ambil pengalaman bekerja. 

Tapi ingat!! setelah kamu ambil mana-mana kertas peperiksaan ini, maka kamu ada  1 tahun untuk habiskan semua paper yang ada termasuk Tugasan Kerja. Kalau tak kamu terpaksa ambil semula kursus ini.

Maka jika kamu tanya saya bagaimana hendak apply kerja selepas kamu tamat peperiksaan. Kamu kena berfikir bagaimana nak buat Tugasan Kerja( WPA).

Selepas tamatkan semua kertas peperiksaan, nak cari kerja pun satu hal juga. Kebanyakkan syarikat nak safety And Health Officer yang ada Green Book.

Tetapi ini bukanlah masalah yang besar sangat, sebab ada company yang ambil Safety Officer yang belum ada Green Book atau seperti yang saya katakan anda jadi Assistant Safety Officer dahulu.

Banyak syarikat yang memerlukan Safety And Health Officer. So tak jadi masalah.

Selepas 3 tahun, melalui data-data yang anda kumpul melalui aktiviti Safety And Health Officer maka anda boleh memohon Green Book.

Kebanyakkan rakan saya berjaya menjadi Safety Officer selepas mendapat Green Book. Anda kena bersabar... Dapatkan dahulu bidang kerja yang berkait rapat dengan Safety.

Memang best dengar orang kata, bidang Safety ini memang berbaloi gajinya tetapi tak ramai yang berjaya disebabkan masalah Tugasan Kerja dan masalah Green Book ini.

Lainlah kalau company kita yang hantar ambil kursus ini. Maka cerahlah masa depan kita setelah 3 tahun, kita boleh belah dan cari potensi kerja yag lebih baik.



Catat Ulasan

14 Ulasan

Unknown berkata…
Salam En Hanif. Sy dh 4 thn kerja dlm bidang construction. jika sy ambil course ni, dan utk exam paper 4, sy punya WPA cuma berdasarkan position sy sebagai M&E engineer, adakah DOSH akan terima WPA sy tu? Tq.
THE AUTHOR berkata…
Tiada masalah.....
tapi saya ingin ingatkan setelah awak lulus peperiksan semua paper awak kena cari ler kerja aliran Safety sebab untuk pergi jauh awak perlukan Green Book.
Untuk dapatkan Green Book awak mesti mempunyai kerja-kerja sebagai safety Officer...
THE AUTHOR berkata…
Tiada masalah.....
tapi saya ingin ingatkan setelah awak lulus peperiksan semua paper awak kena cari ler kerja aliran Safety sebab untuk pergi jauh awak perlukan Green Book.
Untuk dapatkan Green Book awak mesti mempunyai kerja-kerja sebagai safety Officer...
Unknown berkata…
Assalam en hanif. Saya kurg faham berkenaan WPA ataupun tugasan kerja. WPA ni semcam logbook skill ke? Sedikit yang saya faham tentang WPA ni adalah bagi mereka yg belum ad pengalaman kerja dlm bidang safety, mereka perlu buat working experience dan kemudiannya buat WPA. PLs enlighten me.
Unknown berkata…
Cik hanif..sy asal Perak ..umur 21..Dan sy mmg berminat utk menjadi seorg officer sho..cu!a sy xde sesiapa utk membimbing saya. ..harap Cik blh cl saya di nombor nie..0163442697 viki...Dan sy zero dlm field nie...
Unknown berkata…
Cik hanif..sy asal Perak ..umur 21..Dan sy mmg berminat utk menjadi seorg officer sho..cu!a sy xde sesiapa utk membimbing saya. ..harap Cik blh cl saya di nombor nie..0163442697 viki...Dan sy zero dlm field nie...
Unknown berkata…
Cik hanif..sy asal Perak ..umur 21..Dan sy mmg berminat utk menjadi seorg officer sho..cu!a sy xde sesiapa utk membimbing saya. ..harap Cik blh cl saya di nombor nie..0163442697 viki...Dan sy zero dlm field nie...
Unknown berkata…
salam cik hanif,saya ni seorg pelajar lepasan spm,,tetapi saya merancang untuk mengambil kursus di niosh so apakah langkah dan arah kerja yg saya akan dapat seleps saya mngikuti kursus ni..Dan bagaimanakah saya ingin memperoleh green book?adakah saya akan menerima green book selepas saya tamat kursus di niosh??,HARAP CIK HANIF DAPAT MEMBANTU..tq..
Tanpa Nama berkata…
Hi cik Hanif.. Sy sdh ambi kursus SHO 22 hari tahun lalu,
Hujung bln ni, sy seat exam tuk paper 1-3.. Ada apa2 tips
Utk seat exam? Sbb sy dah baca smua Modul, tp sikit sja yg
Masuk dlm otak huaaa.. Plsx3 any tips..
saiful86 berkata…
salam en. hanif. saya nizam dari putrajaya.saya ingin bertanya tentang peluang kerja SHO ni.boleh tak saya minta no. telefon en. hanif supaya senang berhubung.
Tanpa Nama berkata…
Salam satu malaysia

Maaf mencelah, sesiapa yang berminat untuk sertai Kursus SHO boleh hubungi saya 03 88617784
Unknown berkata…
asslamualaikum,kalau saya pakai diploma vokasiaonal tahap 2 boleh apply jd pekerja sho tk?
Unknown berkata…
kalau saya pakai diploma vokasional malaysia nak kerja sho boleh?
Unknown berkata…
Assalamualaikum encik, sy berminat nak ambil kursus SHO ni, tapi ramai rakan rakan saya yang mngatakan kursus ni susah. Lebih lebih lagi ujian 4 tu (WPA) adakah tips yang encik boleh bagi untuk saya mengambil kursus ini.