Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai Timur

Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai Timur

Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai Timur
Kasihan aku melihat sebahagian besar penduduk pantai timur terutama di Kelantan dan beberapa bahagian negeri yang lain sebelum dan selepas banjir.

Dalam benak fikiran aku ini , bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan seharian mereka selepas banjir ini. Rumah, kereta dan harta semuanya musnah. Lainlah dalam bank ada berpuluh atau beratus ribu untuk mulakan hidup baru semula.

Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai TimurPendek kata, mereka semua tinggal sehelai pinggang sahaja. Bagaimana mereka yang telah keluar dari pusat pengumpulan dan kembali ke rumah mereka tanpa wang di tangan. Kalau di pusat pengumpulan banjir, ada juga makanan percuma tetapi di kampung atau taman mereka, mereka mahu makan apa kalau tiada wang!!!

Kusut kepala aku memikirkannya, aku bayangkan kalau aku di tempat mereka. Macam mana aku nak mulakan kehidupan ini dengan isteri dan anak-anak di depan mata.

Namun aku yakin ini semua dugaan Allah yang mahu menguji kita. Kita kena yakin ada hikmah disebalik kejadian ini. ..amin,

Tapi syukur alhamdulillah, ramai rakyat Malaysia yang sudi membantu, Inilah kelebihan rakyat Malaysia. Mereka semua amat pemurah hati kalau hal-hal sebegini.

Dikilang aku sendiri, dalam masa satu minggu sahaja kami berjaya mengumpul RM7000++ untuk bantuan banjir. Cepatkan!! 

Aku berdoa agar semua pihak yang terkena tempias banjir ini bersabar.

Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai Timur

Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai Timur


Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai Timur

Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai Timur

Gambar Kemusnahan Banjir Di Pantai Timur

Catat Ulasan

1 Ulasan

Pojiegraphy berkata…
Tak kuat melihat apa yang terjadi. Moga mereka tabah menghadapi dugaan.