Kedatangan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) ke kawasan perindustrian Binong Jati, Kota Bandung hari ini disambut penduduk yang "histeria" melihat kelibat pemimpin itu.
Penduduk yang kebanyakannya adalah suri rumah berteriak sambil memanggil pemimpin itu sejurus Jokowi keluar dari keretanya.
"Pa Jokowi. Pa Jokowi...," teriak mereka.
Jokowi yang mengenakan kemeja putih kemudiannya melambai-lambai ke arah mereka dan terus mengadakan lawatan ke kawasan padat penduduk itu.
Polis terpaksa mengawal ketat penduduk yang mengerumuni pemimpin itu.
Pemimipin nombor satu Indonesia itu singgah di beberapa rumah di kawasan berkenaan dan sempat mengadakan dialog singkat, lapor Detik News.
Turut bersamanya ialah Gabenor Jawa Barat, Ahmad Heryawan.
Seorang penduduk yang ditemui berkata, beliau amat gembira bertemu pemimpin nombor satu Indonesia itu.
" Alhamdulillah, tadi bersalaman dengan Jokowi." katanya.
Jokowi diangkat sebagai Presiden Indonesia selepas mengalahkan pesaingnya Prabowo dengan memperoleh 70,997,895 undi.
0 Ulasan