Aku dah bosan dengan Lazada affliate yang tak boleh nak access erroe 403. Macam-macam cara aku buat tapi tak berjaya juga selesaikan masalah error 403 Lazada Affliate.
Masalahnya wang terkumpul dalam Lazada Affiliate ini yang aku tak ambil terkubur ler..hehehehe. Tapi aku akan terus cari jalan juga lerr.
Buat sementara ini aku kena teruskan juga memastikan blog Shop Of Linda terus beroperasi. Aku sebenarnya dah ada satu lagi laman affiliate iaitu The Affiliate Gateaway Asia.
The Affiliate Gateaway Asia merupakan himpunan semua syarikat perniagaan yang menjual pelbagai produk. Sebenarnya The Affiliate Gateaway Asia bagus kerana ia memberi pelbagai pilihan kepada pengusaha affiliate mempelbagaikan produk mereka.
Tetapi bagi aku, fokus kepada satu produk lebih mudah. Terpulang pada pendirian masing-masing.
Disebabkan aku mempunyai pelbagai pilihan maka aku pilih semua produk tetapi bercirikan wanita ler sebab Shop Of Linda ialah blogshop produk wanita.
Sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang affiliate ini aku cadangkan satu lagi alternatif iaitu The Affiliate Gateaway Asia.
0 Ulasan