Salam satu blogger. Semalam cuti Tahun Baru Cina dan perancangan nak bawa anak-anak pergi tengok wayang. Cerita apa nak tengok, kami tak plan lagi. Janji dapat tengok. Budak-budak bukannya fokus tengok wayang... bapak budak yang nak tengok...hehehehehe.
Malangnya apabila aku beratur sama anak lelaki nak beli tiket wayang, 90% semua filem adalah berkategori 18SX. Adalah filem Melayu Gudang Kubur P13, tapi tak syok ler nak tengok.
Kasihan anak aku nak tengok wayang tak dapat sebab umur mereka bawah 18 tahun..hehehehee. Baoak budak pun frust jugak..
Alternatif lain ialah kami main game, mahu perabih RM50 juga kami layan game kereta..hehehehehe.
Persoalan aku kini ialah dengan teknologi yang semakin berkembang, filem-filem aksi yang dihasilkan semakin lama semakin terarah ke arah bagaimana nak buat aksi itu lebih ganas dan mengerikan...
Memang aku ni peminat filem aksi tetapi bukanlah berminat melihat pembunuhan pihak lawan secara melampau hingga filem tersebut di kategori 18sx.
Aku rasa inilah salah satu punca keganasan manusia sekarang ini yang terpengaruh dengan filem-filem sedemikian. Kasihan aku melihat teknologi dipergunakan sedemikian rupa..huhuhuhuhuhu.
18SX juga tak lari dari aksi seksual yang melampau..hehhehehe.
Kalau filem 18sx, setakat cium itu perkara biasa serta menayangkan tubuh hero yang berketul-ketul macam aku ini serta perempuan yang pakai seksi tetapi hebat berlawan.
Ini juga masalah sebab inilah punca masalah sosial semakin berkembang.
Malas aku nak cerita lagi....pendek kata filem sekarang ini tak banyak aku boleh tonton bersama anak aku. Fed up!!! malaysia
0 Ulasan