Ancaman Siber Mengkhayalkan Remaja Kita

Ancaman Siber Mengkhayalkan Remaja Kita

Ancaman Siber Mengkhayalkan Remaja Kita

Salam satu blogger. Dunia siber kini merupakan satu keperluan wajib di dunia pada masa sekarang. Pelbagai maklumat kita boleh perolehi melalui satu klik di laman enjin carian.

Bahkan aku sebagai blogger mendalami ilmu blogger ini dari internet dan  melalui ilmu siber ini juga aku memperolehi pendapatan sampingan.

Itu adalah kebaikan dunia siber tetapi apabila kita abadikan diri kita pada alam siber pun masalah juga. Terutama pada remaja yang aku lihat lebih kepada ilmu Facebook, What Apps dan Games.

Terus terang aku katakan remaja Malaysia kini berada dalam keadaan kritikal kerana pergantungan terlalu tinggi pada gadget berteknologi tinggi ini.

Baru-baru ini aku sendiri mengalami pengalaman dengan remaja abad ke 21 ini. Dimana setiap masa asyik nak mengetik smartphone dia sahaja walaupun pada masa itu anda sedang melakukan tugas lain. Tapi tangan tak lepas dari handphone hingga hilang fokus pada tugas fizikal.

Itu baru aktiviti facebook dan whatApps, belum lagi kegilaan mereka terhadap games. Games pula sibuk melayan di laptop atau PC.

Kadang-kadang aku sedih melihat remaja moden yang taksub dengan dunia internet dan games ini. Mereka terperangkap dalam dunia imaginasi palsu yang melampau-lampau.

Berjam-jam fokus bermain games dan selepas boring main games sibuk updated status di Facebook, Twitter atau What Apps.

Tapi paling teruk yang aku lihat ialah WhatApss group yang terlalu terbuka dan membuang masa.

Aku bayangkan bagaimana mereka ini hendak menghadapi dunia realiti jika malas hendak mempelajari ilmu-ilmu fizikal seperti menukar mentol pun tak tahu....hehehehehhehe.

Persoalan timbul, adakah mereka boleh fokus dalam pelajaran jika di tangan 24jam dengan handphone dan lap top.

Aku pernah terfikir membelikan anak aku handphone tetapi bila kenangkan dunia internet yang mengkhayalkan ini aku menjadi takut. Belum lagi, isu-isu pendedahan budaya kuning yang mudah didapati di internet.

Aku tetap akan belikan anak aku handphone tetapi bukan smartphone ler...hehehhehehe.
Biar ler anak aku membebel tapi untuk kebaikannya juga. Yang penting aku dapat telepon dia masa aku memerlukannya.
Malaysia Best Blog 2015


Catat Ulasan

1 Ulasan

SaniYunus berkata…
Teknologi ni kalau digunakan betul pasa caranya Insya Allah bermanafaat.. Ibubapa perlu mengawal dan mendidik anak-anak supaya mereka tahu batasan mereka.