Jeruk Madu Pak Ali Di Chowrasta Road

Jeruk Madu Pak Ali Di Chowrasta Road

Jeruk Madu Pak Ali Di Chowrasta Road


Salam Satu Blogger. Apabila kita berada di Penang, ole-ole utama yang wajib kita cari ialah jeruk atau kata lain buah pala.

Benda ni mesti kita cari nak kasi rakan-rakan sepejabat kita sebagai tanda kita dah melancong ke Penang...hehehehhee.

Di Penang kawasan terkenal menjual jeruk ialah di Chowrasta Road, ianya memang popular sejak dari dulu lagi. Ada pelbagai kedai yang menjual pelbagai jeruk mangga, betik dan tidak dilupakan buah pala.

Dan melalui mulut orang, jeruk yang paling terkenal ialah Jeruk Madu Pak Ali. Jeruk ini dikatakan tiada pengawet dan bila makan banyak pun tak sakit tekak.

Apabila kita baca Jeruk Madu Pak Ali kita akan berasa bangga ler sebab ada anak Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan jeruk yang mempunyai pelbagai cawangan tetapi rupanya milik peniaga cina..hehehhehe.

Gambar di atas tu, yang pakai topiah tu cina sebenarnya cuma ia pakai topiah..hahahahaha. Buta-buta aku kena tipu. Nak marah pun tak boleh sebab ia teknik marketing masing-masing...hemmmm.

Tapi aku tak tanya ler samada dia tu mualaf ker. Tapi yang pastinya ada tokey pompuan cina kat sana tapi  ia tak pakai tudung pun. Takkan cina topiah tu kahwin dengan minah cina..Konpius aku ..ahhhhh..

Aku tak nak fikirkan ler nanti jadi fitnah lak kat blog ini.

Walau apapun kami beli juga jeruk di kedai ini nak merasa kehebatan jeruk yang dikatakan awesome ini.

Kesimpulannya rasanya sama ajer. Mungkin Jeruk Pak Ali ini dari segi packagingnya dan marketing yang bagus sebab tu ia beri impak yang kuat di kalangan pembeli.

Tapi kalau nak pastikan lebih lanjut kau kena makan banyak-banyak, sebab jeruk ini kalau makan banyak tekak kau pedih disebabkan pengawetnya.

Tapi mengikut statement orang ramai, Jeruk Madu Pak Ali kalau makan banyak pun tekak tak pedih.

Jeruk Madu Pak Ali Di Chowrasta Road
Mak aku beli jeruk dikedai lain. Ingatkan kedai melayu sebab semuanya Melayu.

Gambar sebelah mak aku yang pakai tudung tengah pikir berapa puluh kilo nak bungkus ini..hemmm

Bila masuk dalam tokeynya cina lak ..hahahahaha.

Kalau kau baca blog aku ini mesti kau kata aku rasisme sebab bercerita tentang penjual cina ajer.

Aku ada baca satu blog tu semasa aku surf cari maklumat tentang Jeruk Madu Pak Ali. Ia tak beli semata-mata ia milik cina..

Apa yang aku nak katakan semua jeruk di sini cina yang jual, siapa yang buat aku pun tak tahu. Tawakkal jer ler.

Mungkin tokey cina yang jual tapi yang buat ialah pekerja Islam.

http://hanifidrus.blogspot.com/2015/02/malaysia-best-blog-2015.html

Catat Ulasan

3 Ulasan

sitirohaida berkata…
sekarng da senang nak cari jeruk madu pak ali...
Korn Ahmad berkata…
kebiasaannya kalu supplier terus dari pembekal jeruk pak Ali akan dapt bekas macam dalam gambar tu.. So aku yakin dalam gambar ni Jeruk Pak ali
azman abas berkata…
kedai cina tu ambik supply direct dari kilang pak ali. dan dia guna banner pak ali, kalu dia tipu dah lama pak ali saman dia. hanya peniaga yg ambik direct dari pak ali boleh guna banner tu.