Model Tua Semakin Popular

Model Tua Semakin Popular

Model Tua Semakin Popular
WANG DESHUN melangkah penuh berkarisma di pentas peragaan Minggu Fesyen Beijing, China yang berlangsung pada 25 Mac lalu.

Lelaki berusia 79 tahun itu membuktikan bahawa seorang model masih lagi tampak kacak walaupun sudah melangkaui garisan usia warga emas.

Model Tua Semakin Popular Semasa persembahan tersebut, beliau memperoleh 100,000 orang pengikut di laman sosial Sina Weibo sepanjang malam selepas aksi mendedahkan bahagian badan dalam persembahan koleksi baharu musim luruh dan musim sejuk 2015/2016 Hu Sheguang.

Kegemilangan itu disebabkan oleh kontras penampilan yang dibawanya.

Sementara model lain memakai penutup kepala bunga ala perca yang melambangkan kucing dan geisha, dia hanya memakai kulitnya sendiri.

Penampilannya pada malam tersebut bukanlah kali pertama dalam industri fesyen.

Dilatih menjadi seorang mime, dia pernah dijemput untuk membimbing barisan model fesyen sebelum persembahan pada tahun 1986.

Model Tua Semakin Popular Beberapa model anak didiknya turut menjadi tenaga pengajar dalam industri fesyen.

Salah seorang daripada mereka yang turut terlibat dalam koleksi terbaru Hu Sheguang mengundang Wang Deshun untuk membantu memperkenalkan rekaan-rekaan tersebut.

Dalam satu temu bual bersama akhbar tempatan Oriental Morning Post, Wang Deshun yang meraih populariti baharu dalam hidupnya mengaitkan perbezaan penampilan bentuk tubuh badan model-model muda iaitu lebih kurus berbanding dirinya yang tampil dengan imej maskulin meskipun sudah berusia.

Catat Ulasan

0 Ulasan