Muhyiddin Sokong Mahathir

Muhyiddin Sokong Mahathir

Muhyiddin Sokong Mahathir

Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata berpendiran tegas dan menyatakan kebenaran adalah sikap bekas perdana menteri itu, khususnya apabila beliau bercakap menentang kuasa besar barat dalam memerangi peperangan.

"Menyatakan kebenaran dan berpendirian tegas... ini adalah sikap beliau sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

"Kamu tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin sewaktu memulakan ucapannya dalam satu forum anti peperangan di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir turut hadir dalam majlis itu dan duduk bersebelahan dengan timbalan perdana menteri.

Ketika bercakap dalam konteks peperangan, kenyataan Muhyiddin itu boleh dilihat merujuk keluhan Mahathir baru-baru ini bahawa beliau bersendirian dalam mendapatkan jawapan Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.

Mahathir, yang mahu Najib berundur, juga telah berkata bahawa Muhyiddin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan perdana menteri kini.

Hakikatnya...

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam perjuangan menjadikan peperangan sebagai satu jenayah antarabangsa.
 
Beliau turut melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.
Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.
“Bercakap tentang kebenaran dan keberanian… itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran,” kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk ‘Engaging the young to criminalise war and energise peace’ di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya. (SUMBER)

Catat Ulasan

0 Ulasan