![]() |
Sikap Yang Paling Tak Bertangguingjawab |
![]() |
Posisi Kereta MCH 1067 tak boleh keluar |
Sampai ajer ambil no giliran, aku lihat aku orang yang 15, standard ler tu sebab ramai orang dengan 3 kaunter dibuka masih lagi relevan. So aku pun tunggu ler dari pukul 2pm hingga 2.40pm selesai urusan perbaharui lesen memandu. Mak aku masih dalam kereta, ambil aircond sebab panas...hehehehe
Apabila aku keluar dari Pejabat POS Besar Melaka nak balik, aku lihat ada sebuah kereta Wira dengan no plat JFA 8702 dah sekat jalan keluar kereta aku. Alamak!!! Ini yang malas ini ada pula mamat yang kurang faham tentang undang-undang jalanraya kot.
Perkara pertama aku lihat ialah handbrake kereta tersebut tapi malangnya handbrake kereta dinaikkan, Aku cuba tolak kereta tersebut tapi aku boleh digerakkan!! Satu lagi undang-undang tak bertulis yang tidak difahami oleh pemilik kereta tersebut.
30 minit aku menunggu sehingga 3.40pm tetapi masih lagi tak muncul pemiliknya. Hati aku dah panas sangat. Sebelum itu aku dah luahkan masalah aku pada pegawai polis yang bertugas di situ, beliau siap ambil gambar dan kemudian bergegas kononnya nak cari pemiliknya kot. Tapi hingga aku balik, wajah pegawai tu pun aku tak nampak....hahahahaha.
Selepas itu aku pergi ke kaunter dan mengumumkan siapa pemilik kereta berdaftar JFA 8702 tetapi satu orang pun tak angkat tangan!!!
Hati aku makin tambah panas dengan cuaca yang panas, dan sebelum aku tambah panas aku ajak mak aku pergi minum di kantin Pejabat POS Besar Melaka. Kami lepak di situ sehingga pukul 4.30pm dan apabila kami keluar dari sana kereta tersebut masih belum keluar lagi...
Aku dah mula suspek ini mesti pekerja Pejabat POS Besar Melaka . Dan dalam 10 minit tiba-tiba ada seorang wanita bergegas ke keretanya. Dia minta maaf sebab dia dah beritahu polis tu jika ada kereta nak keluar beritahu beliau segera tapi malangnya dia tak diberitahu.
Aku beritahu dah lebih dari satu jam aku tunggu, tapi aku malas nak bising-bising sebab perempuan. Aku pun masuk ke kereta. Perempuan tu parking tempat lain dan menghilangkan dirinya, ini satu lagi sikap orang Melayu. Apa salahnya kau tunggu jap dan minta maaf atau angkat tangan!!
Aku yakin beliau adalah pekerja Pejabat POS Besar Melaka yang mengambil kesempatan jawatannya dan letak sesuka hati dan kemudian pelanggan terpaksa menunggu selama 1 jam setengah.
Beliau tahu dia meletak kereta di kawasan yang salah dan tidak terpikirkah dalam minda dia, selama 2 jam polis yang ditugaskan memberitahunya tidak menghubungi dia. Sudah tentu pelanggan itu tak dapat keluar!!!
Aku tak faham sikap manusia sebegini yang meyusahkan aku dan mak aku...Apa yang boleh aku katakanialah perkhidmatan Pejabat POS Besar Melaka amat teruk.
Jika benarlah anggapan aku itu pekerja Pejabat POS Besar Melaka maka ianya satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, Aku nak mengadu pada Pengarah Pejabat POS Besar Melaka.
5 Ulasan
Polis bantuan....
Aku masih menunggu feedback mereka ni...
Dalam minggu ni no feedback....call pengarah pejabat pos besar melaka.