Sambutan hebat buat Ziana Zain di Cannes hingga dipilih wajah ilham. Tahniah buat Ziana Zain!!!!
Tapi statement dia beritahu cara pemakaian dia cerminkan muslimah aku nak minta pendapat....
Islam bukan soal tudung bila kita bercerita tentang aurat. Apatah lagi jika ia wanita..entah lerrr....
Ziana Zain menyifatkan Festival Fesyen Islamik (IFF) di Cannes, Perancis pada 22 Mei lalu mampu membuka mata dan memberi ruang untuk masyarakat di Barat bagi lebih memahami kehidupan wanita Islam menerusi cara berpakaian dan pergaulan.
IFF berlangsung bersempena dengan Festival Filem Antarabangsa yang berlangsung di Cannes.
Ziana dipilih sebagai wajah ilham (muse) rekaan Rizman Ruzaini untuk festival berkenaan.
Selain Rizman Ruzaini, beberapa pereka fesyen tempatan seperti Tom Abang Saufi dan Fara Khan, turut serta antaranya ialah pereka dari London, Paris, Jakarta dengan tema Lawrence Of Arabia On The French Riviera.
Festival itu berlangsung Jumaat lalu di Hotel Intercontinental Carlton. Ia bukan pertama kali diadakan kerana IFF yang diilhamkan pelakon lama Datuk Shah Rezza sudah dimulakan sejak 2006 atas paksi memartabatkan tradisi, budaya dan warisan dunia Muslim menerusi interpretasi fesyen.
Ziana Zain bertolak ke Cannes sejak 19 Mei lalu dan dijangka tiba ke tanah air pada Sabtu depan. "IFF ini juga sebenarnya memberi satu sudut pandangan bagi orang Barat untuk lebih memahami kehidupan orang Islam yang sangat peramah dan menghargai sesama insan.
Ada yang cukup kagum dengan rekaan pereka tanah air kita yang mereka busana muslimah. Saya sendiri sempat bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) New Horizon Pictures dari Los Angeles, John Stienfield Partouche. ZIANA zain bersama Ketua Pegawai Eksekutif New Horizon Pictures John Stienfield Partouche bersama temannya.
"John sendiri sebelum ini menganggap wanita Islam hanya memakai purdah dan jubah. Tapi selepas dijelaskan, baharu dia nampak gambaran sebenar wanita Islam yang masih boleh berfesyen selagi tidak lari atau tersasar dari ketetapan sebenar dalam bagaimana berpakaian dan bergaya atas paksi agama," kata Ziana yang sudi melayan pertanyaan BH Online sekitar jam 8 pagi waktu tempatan sebelum bersiap sedia untuk menjamah makan pagi.
Tambah Ziana, John turut bertanya apa dilakukan beliau untuk mencari rezeki selain sempat bertanyakan mengenai dunia seni di Malaysia. ZIANA Zain sempat melakukan sesi fotografi bersama Rizman Ruzaini untuk koleksi Mawwiyya.
"Saya jelaskan kepadanya yang saya ini sudah 25 tahun bergelar anak seni. Dia juga teruja apabila diberitahu kepadanya yang saya berlakon. Dia kagum apabila saya katakan kepadanya genre filem yang digemari seperti romantik dan aksi.
Malah dia turut bertanyakan adakah saya hanya bertudung semata-mata kerana festival ini. "Saya jelaskan hal sebenar yang inilah diri Ziana Zain selepas memilih untuk bertudung. Saya katakan kepadanya bertudung bukan alasan untuk membataskan pekerjaan. Selagi kita pandai membawa diri dan tahu batasan, semuanya bukan satu masalah besar.
John juga ingat wanita Islam hanya menjadi suri rumah tetapi saya beritahu era Islam sekarang berbeza dengan dahulu.
"Pertemuan itu juga sedikit sebanyak menjadi ruang untuk saya jelaskan bahawa Islam itu mudah dan bukan seperti yang orang Barat sering sangkakan.
Ada yang menerima baik orang Islam di negara Barat dan ada juga ekstremis yang terlalu taksub melihat Islam itu penuh dengan keganasan," kata penyanyi lagu Syurga Di Hati Kita itu.
0 Ulasan