Hari ini aku pergi ambil ambil Kad Pengenalan baru untuk anak gadis aku yang telah berumur 12 tahun. Sepatutnya aku kena ambil dalam bulan Januari tetapi baru hari ini aku sempat melayan anak gadis aku ini...hehehehehe.
Pada mulanya ingat kank per Pejabat Pendaftaran di Air Keroh tetapi ubah ke UTC Melaka. Aku pernah ada pengalaman berurusan dengan Pejabat Pendaftaran UTC Melaka dan perkhidmatan mereka memang cekap dan peramah walaupun ramai orang.
Sesi yang paling penting ialah sesi pengambaran, aku memang tipikal tentang gambar ini sebab gambar di Kad Pengenalan itu akan digunakan sampai kita tua jika kita tak hilangkan kad pengenalan tersebut atau kerajaan ubah kad pengenalan baru.
Aku memang cukup respek dengan kakitangan Pejabat Pendaftaran UTC Melaka yang melayan dan memastikan gambar anak aku ini cun..hehehehehe. Sampai dua tiga kali juga kami ambil gambar bagi memastikan gambar itu cantik dan kemas.
Selepas itu, kakitangan Pejabat Pendaftaran UTC Melaka itu kata lagi dua jam dah boleh ambil kad pengenalan tersebut. Terkejut juga aku sebab masa aku datang kat sana dah pukul 2.30pm dan melalui pandangan stereotaip aku kalau dah pukul 2.30pm, mana mungkin boleh dapat kad pengenalan.
Dalam pukul 4.30pm kami datang dan dapat juga kad pengenalan tersebut. Terima kasih staff Pejabat Pendaftaran UTC Melaka kerana anda semua cekap!!
![]() |
Tersenyum puas dengan kad pengenalan barunya. |
1 Ulasan