Menurun Ilmu Fotografi

Menurun Ilmu Fotografi

Menurun Ilmu Fotografi


Hari ini aku menjadi bapa dan ibu membawa anak-anak aku jalan-jalan. Mak dia bekerja hari ini...hehehehe. Sebenarnya anak gadis aku dah genap 12 tahun , dah dekat 5 bulan tak ambil lagi kad pengenalan baru dia.

Selepas mendaftar dan perolehi kad pengenalan baru Hanis Bin Hanif. Aku bawa anak-anak aku ke Sungai Melaka dengan tujuan nak ajar anak perempuan aku ilmu fotografi. 

Aku dah beli dua kamera, so aku ingat nak hadiahkan kamera lama aku pada Hanis. Lagi pun baik juga anak aku da hobi yang tetap. Tujuan aku mudah iaitu aku nak anak aku seiring dengan aku semasa mereka membesar.

Dan hobi aku suka berblogging dan mengambil gambar. Dan anak-anak mudah tertarik dengan gambar apatah DLSR, so baik aku ajar mereka dari awal. Memang ini plan awal aku tapi modalnya boleh tahan juga ler...hehehehehe.

Teknik pertama yang aku ajar hari ini ialah teknik percahayaan iaitu "Exposure Triangle" yang bermain dengan shutter speed, aperture dan ISO. Seorang fotografer mesti mahir dengan istilah dan manipulasi ketiga-tiga ini barulah ia boleh berganjak ke teknik-teknik lain.

Untuk aku semua orang boleh menjadi fotografer tetapi yang terbaik ialah mereka yang boleh berimiganisi, berbakat dan pandai mengedit di PC...hehehehehe. 

Walau apa pun jika tak faham asas iaitu "Exposure Triangle" maka memang susah sangatlah...itu asas bro dalam DLSR.



Menurun Ilmu Fotografi


Menurun Ilmu Fotografi

Menurun Ilmu Fotografi


Menurun Ilmu Fotografi


Catat Ulasan

0 Ulasan