Walau pun Hari Bapa tak gah seperti Hari Ibu namun ianya mempunyai signifikan tersendiri dalam meluahkan kasid sayangnya. Bapa pada dasarnya apabila ia dibandingkan dengan ibu memang jauh bezanya. Anak-anak lebih menyayangi ibu dari bapa mereka secara khususnya.
Perkara ini memang tidak dapat dielakkan kerana emosi seorang ibu terhadap anak-anaknya berbanding ayah ternyata jauh berbeza. Ayah sentiasa kalah apabila dibandingkan dengan ibu.
Inilah realitinya yang terpaksa ditelan oleh ayah-ayah seantero dunia. Sedihkan...huhuhuhuhu.
Tetapi tenggungjawab sebagai ayah memang sebegitu, ia terpaksa menjadi seorang yang tegas dalam keluarganya. Kerana ia adalah tiang dan punca pencari pendapatan dalam rumahtangga.
Jika ia tidak tegas bagaimana ia hendak membimbing isteri dan anak-anaknya. Tetapi sekali lagi realiti sebenar mereka yang bergelar ayah ini, embut di hati mereka.
Jika ditanya sanggupkan mereka bergadai nyawa untuk isteri dan anak-anak serta ibu mereka, jawapan spontan tanpa perlu difikir ialah Ya!!!!
Hari Bapa mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan kadangkala apabila ia ditayangkan di kaca TV tetapi tiada apa-apa sambutan untuk manusia bernama ayah, sedih jugak...hehehehhe.
Yalah!! kekuatan insan bernama ayah ini lebih kepada pendidik yang tegas dan selalunya tidak seiring dengan kehendak anak-anak memang ianya tidak diberi perhatian sepenuhnya dalam persiapan Hari Bapa ini.
Apatah lagi jika anak-anak dah besar panjang, memang sentiasa bersama ibu dan jika nak apa-apa orang pertama yang mereka jumpa ialah ibu. Bukannya abah mereka.
Ibu yang akan menjadi penyampai utama kehendak anak-anaknya. Dan biasanya kita akan mendengar jika datang dari mulut isteri kita, Yang dapat nama ialah ibu mereka ler,,,,bukannya ayah. Walhal yang keluar modal ialah ayah...hahahahahhaha.
Akhir kata Selamt Hari Bapa Untuk semua ayah-ayah disana.
Ingatlah kita bukannya hendak parti untuk sambutan Hari Bapa ini tetapi cukuplah mereka menyayangi kita dan menghormati kita selama-lamanya. Dan doakan kita ...Amin,
0 Ulasan