Hari ini sudah 2 minggu Hanif Idrus Blog menukar domain nya sendiri. Kadangkala kesal juga bila tukar domain ini sebab aku kehilangan segala-galanya. Pengorbanan yang cukup besar yang harus aku lakukan apabila aku mengambil keputusan setelah 3 tahun berfikir untuk menukar domain.
Bila bercerita tentang domain ini, sudah tentu ramai yang bercerita alangkah baik jika kita menukar domain. Dimana salah satu kebaikannya ialah URL kita menjadi pendek dan URL pendek merupakan kesukaan Google. Lagi satu jika kita tukar domain, Google selalunya akan memberi perhatian kepada blog yang menggunakan domain sendiri berbanding guna domain free blogpot.
Itu cerita manisnya tetapi sebenarnya banyak yang pahit dari manis..heheheheheh.
Sebagai contoh, dahulu bila aku guna blogspot PR aku ialah PR2 dana pabila aku menukar ke domain ia tiada PR langsung. Bukan senang aku nak usahakan blog ini untuk mendapat PR2. Banyak keringat yang aku taburkan untuk mendapat PR2 ini. Sekarang menjadi habuk....
Bila tukar domain, secara tak langsung blog kau ini umpama baby. Usaha aku selama 5 tahun menjadi menjadi ZERO apabila aku menukar domain. Salah satu teori yang diperkatakan ialah Google juga mengambil kira blog berdasarkan usianya. Lama lama usia blog kau lama umphhhh pada pandangan Google. Tah-tah kau boleh dapat PR yang tinggi!!!
Page juice link merupakan salah satu keperluan utama dalam dunia SEO. Kadangkala kita panggil external atau internal link. Maksudnya URL blog kau terdapat di blog pihak lain. Ianya amat penting untuk Google menjustifikasi blog anda samada layak berada dalam enjin carian pertama atau kelayakan mendapat PR. Tetapi bila kau tukar domain baru, maka semua link kau menjadi kosong. Terpaksa mula dari ZERO. Inilah yang payah sekali nak buat...huhuhuhuhuh.
"Sand box" ialah istilah yang kita gunakan untuk blogger baru yang membuat blog. Setiap kali sesuatu URL baru itu muncul ia akan diletakkan di kawasan "Sand Box" selama 3 atau 6 bulan, Selepas itu baru ia akan dindeks oleh Google. Terperaplah blog kau sekejap hingga keluar dari status "Sand Box". Perkara yang sama berlaku pada domain baru aku ni juga...hhuhuhuhu.
Lain-lain perkara ialah trafik kau akan menurun, iklan dalam blog kau tunggang langgang. Kau terpaksa ubah semua link lama kau ikut URL domain baru kau ini.Macam-macam hal lagi lerrr.
Persoalan timbul adakah wajar kita menukar domain jika perlu korban banyak perkara penting. Pada pendapat aku, akhirnya mahu tak mahu kita terpaksa juga tukar domain kita, Jika kit amahu maju setapak dalam dunia blogging, terpaksa anda buat salah perkara ini.
Dengan syarat ialah anda memahami sedikit ilmu SEO. Dimana anda kena buat akaun Google Web Master menggunakan domain baru ini,buat sitemap yang baru dan juga kena beritahu Google dan Bing tentang domain baru anda supaya cepat diindeks. Dan macam-macam lagi...
0 Ulasan