Kaki Wayang: Terminator Genisys

Kaki Wayang: Terminator Genisys

Terminator Genisys


Kaki Wayang baru sahaja menonton filem terbaru dan aku boleh katakan filem bersiri terakhir Terminator iaitu Terminator Genisys. Filem ini mempunyai keunikannya kerana hero pertama filem ini iaitu Arnold Schwarzenegger dan penutupnya pun di akhiri dengan Arnold Schwarzenegger.

Terminator Genisys bercerita tentang isu yang sama iaitu mengalahkan Skynet tetapi kali ini ia mengalami kecelaruan tentang isu masa akibat dari peloncatan masa oleh mesin masa.

Terminator Genisys
Apa yang kita ketahui sejarah Sarah Connor yang diselamatkan oleh Kyle Reese semuanya amat berlainan dalam filem ini. Arnold Schwarzenegger dulunya melindungi John Connor, sekarang dalam filem Terminator Genisys  ianya melindungi Sarah Connor.

Peloncatan masa dari tahun 2029 ke 1984 dan kemudian ke tahuin 2017 memang menerujakan dalam filem ini. Memang agak pening melihat kecelaruan masa ini tetapi ianya digarap dengan baik oleh pengarah agar kita senang memahaminya.

Kasih sayang robot juga dapat diperlihatkan dengan lakunan terbaik hero aku. Memang nice.

Keseluruhannya ranking filem ini ialah 4.3/5. Filem penuh aksi yang menarik tetapi belum cukup mendebarkan. Tetapi mainan kasih sayang memang terserlah antara Sarah Connor dan Pak ( Robot T800 lakunan Arnold Schwarzenegger)

Yang penting masa kami menonton filem Terminator Genisys  hanya kami berdua sahaja, tak ada orang yang menonton sebab dah nak ray akan...hahahahahhaa.

Terminator Genisys
Sempat bergambar dalam panggung, sahkan tiada orang selain kami ..hehehehhe

Catat Ulasan

1 Ulasan

Fnd Rocka berkata…
haha rare nak dapat duduk berdua kalau tengok cerita hollywood