Astro Memang Bermasalah

Astro Memang Bermasalah

Astro Memang Bermasalah


Semenjak kebelakangan ini aku pun tak tahu apa masalah Astro ini. Tiap kali aku nak buka Astro mesti tak boleh tengok sebab Network tiada.

Perkara ini bukan sahaj aberlaku pada aku tetapi berlaku juga pada rumah mak mentua aku baru-baru ini.

Astro Memang Bermasalah

Astro Memang Bermasalah


Dan biasanya kalau perkara macam ini berlaku aku aku akan pergi ke STB Diagnostik dan kemudian aku reboot semula dan biasanya ia berjaya. Contoh gambar di atas cara aku reboot semula Astro aku .

Ini belum lagi masalah kalau aku buka channel HD, sebagai contoh kalau tengok Running Man 329 kot , kalau tak salah. Kejap-Kejap hilang ( blank)...huhuhuhuhuhu.

Tak berbaloi aku bayar kat Astro ini. Hari ini aku langsung tak boleh buka Astro walau pun aku dah reboot.
Buang masa aku nak pergi Astro ler ini minta bantuan.

Sudah tentu nanti dia akan hantar subcon dia periksa Astro aku dan kena bayar minimum RM50. Kena "pau" lagi..

Kalau ada pilihan memang aku malas nak purchase Astro.... tiap-tiap tahun naikkan bayaran tapi perkhidmatan tahap amatur...

Catat Ulasan

0 Ulasan