Kemerdekaan Malaysia 2015 vs Bersih 4.0

Kemerdekaan Malaysia 2015 vs Bersih 4.0

Kemerdekaan Malaysia 2015 vs Bersih 4.0


Kemerdekaan Malaysia 2015 vs Bersih 4.0 merupakan situasi yang aku lihat dalam keadaan amat serba salah. Pada 31/8/2015 adalah hari kemerdekaan Malaysia dan pada masa yang sama pembangkang politik pula membuat perarakan Bersih 4.0 yang bertujuan mengutuk kepimpinan Najib yang dikatakan korup.

Secara amnya aku melihat pentadbiran negara ini memang dalam kancah ekonomi yang tenat dengan ringgit Malaysia semakin menjunam serta keperitan hidup semakin lama semakin menyesakkan poket kami ini.

Bebanan ekonomi dilambakkan kepada rakyat untuk menanggung semuanya. Taraf hidup bukannya bertambah baik tetapi makin susah. Tapi siapa aku nak membebel semua ini kerana aku ini cetek ilmu ekonomi.

Dan dalam hati ini juga memberontak bilakah kerajaan akan mengambil tindakan untuk membantu kami ini. Itulah pandangan rakyat marhaen kami ini.

Namun apabila membaca perarakan Bersih 4.0 akan diadakan bersama Kemerdekaan Malaysia, aku menjadi marah!!!  Kenapa hendak membuat perarakan yang meluahkan perasaan ketidakpuasan hati kepada kerajaan pada hari Kemerdekaan Malaysia ini.

Perarakan Bersih 4.0 adalah perarakan yang mengarut dan sesiapa yang terpedaya dengan perarakan ini adalah insan yang tidak mempunyai semangat patriotik cintakan negara.

Kemerdekaan Malaysia sepatutnya di dahulukan dari Bersih 4.0 ini. Pada masa inilah kita mengibarkan bendera dan mengamati perjuangan membebaskan negara ini dari cengkaman penjajah.

Bagaimana pemimpin terdahulu berjuang dengan titik peluh mereka memperjuangkan kemerdekaan Malaysia ini sehingga kini kita berada dalam kedudukan yang selesa.

Jangan campur adukkan perjuangan politik dengan mengorbankan harga Kemerdekaan Malaysia ini pada hari tersebut.

Anak-anak muda terutama melayu sudah mula lupa nilai kemerdekaan Malaysia ini, semuanya sibuk mengukur T-Shirt kuning mereka dan bersiap sedia membuat perarakan haram ini.

Melalui kemerdekaan inilah, anda semua digelar generasi Y atau Z di mana taraf hidup anda semakin baik melalui pendidikan dan ekonomi yang berkembang maju. Jika Malaysia masih lagi dijajah, aku rasa anda semua masih lagi pekerja kelas bawahan, nak beli baju T-Shirt kuning tu pun tak mampu..hehehehehee.

Hai anak-anak Melayu berfikirlah sedalam-dalamnya, jangan diikut sangat hati muda anda. Memang best berkumpul beramai-ramai sambil membawa sependuk tetapi buatlah hari lain bukannya hari Kemerdekaan Malaysia ini.

Jangan dikut sangat kata-kata ahli politik yang sememang gilakan kuasa. Anda kalau tak suka gunakan kuasa anda pada pilihanraya yang akan datang. Calit ler parti yang kamu suka.  Gunakan saluran yang betul dalam meluahkan perasaan tak puas hati kamu tu.

Pertama fikrlah, apa yang kamu dapat melalui penyertaan perarakan Bersih 4.0 ini, Tak der apa-apa malah kalau kamu kena tangkap siapa nak jamin anda, Ibu bapa anda juga bukannya ahli politik yang kamu banggakan itu.

Luahkan perasaan kamu dan gunakan tenaga kamu dengan saluran yang betul. Aku bukannya penyokong tegar kerajaan tetapi aku cintakan negara aku. Marilah kita sambut Kemerdekaan Malaysia ini dahulu, buangkan soal politik buat seketika.


Kemerdekaan Malaysia 2015 vs Bersih 4.0

Catat Ulasan

1 Ulasan

sham berkata…
Salute to Malaysia..bersih rali adalah Kotor..jgn terpedaye dgn anasir2 jahat yg hndak menghancurkan negare..bersih 4 menampakkn ketidakpuasan Hati etnik minoriti terutame cine dngn kerajaan yg memerintah skang ni..mereka menganggap kerajaan yg slame ni memerintah adalah kejam menindas korup dan sebagainye..mereka meluahkan dngan menyokong parti politik pembangkang yg mereka rase sebuah organisasi yg kuat pade mase ini dgn sokongan yg dberikan oleh mereka etnik cine dan segolongan org kita bagi menimbulkan suasane kacau bilau dlm negare dan hari kemerdekaan adalah hari yg sesuai kerana sememangnye dlm diri mereka ini tiade semangat cintakan bumi bertuah Malaysia ini..