Pelakon jelita dan janda hangat, Nora Danish, 34, semalam mengesahkan hubungan cinta selama dua tahun dengan kekasihnya, Nedim Nazri, 32, sudah berakhir dipercayai atas campur tangan pihak ketiga.
Menurut pelakon yang popular menerusi drama bersiri Puteri itu, keputusan berpisah dilakukan secara bersama, bagaimanapun dia tidak mengetahui hala tuju hubungan mereka pada masa depan.
“Demi kebahagiaan kami, kisah percintaan saya dengan Nedim berakhir di sini.
“Buat masa ini kami berpisah. Namun adakah hubungan ini akan kembali bertaut pada masa akan datang, kita tidak tahu,” kata ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 6, ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pelakon filem Aku Terima Nikahnya itu juga menjelaskan, kehidupannya berjalan seperti biasa dan kini dia mahu memberi fokus terhadap karier, keluarga serta mengembangkan bisnesnya.
0 Ulasan