Kecantikan seorang pelayan restoran makanan segera McDonald’s menyebabkan pelanggan ke restoran berkenaan meningkat mendadak sejak seminggu lalu.
Ia berlaku selepas gambar dan kisah pelayan itu Hsu Wei-han, dimuat naik ke Internet oleh seorang blogger.
Dalam tulisannya, blogger berkenaan RainDog berkata, dia menemui Wei Han yang juga dikenali sebagai Weiwei atau Haitun yang bermakna ikan lumba-lumba dalam bahasa China, ketika mengunjungi restoran berkenaan.
“Dia amat cantik dengan uniform McDonald’s,” tulis RainDog.
Sejak itu, gadis berkenaan menjadi viral dan ada yang memberinya gelaran baru - ‘Dewi McDonald’s paling comel dalam sejarah Taiwan.’
Jumlah pengunjung ke restoran berkenaan meningkat mendadak, khususnya dalam kalangan remaja lelaki, yang datang untuk melihat sendiri pekerja bermata bundar itu.
0 Ulasan