Shisha Stick Dadah Kegilaan Remaja

Shisha Stick Dadah Kegilaan Remaja

Shisha Stick Dadah Kegilaan Remaja

Sebelum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota dikejutkan pula trend terbaharu 'shisha stick', dipercayai mengandungi bahan menyebabkan ketagihan dan menjadi kegilaan golongan remaja.

Berbentuk dan bersaiz sama seperti pen serta mempunyai pelbagai warna, 'shisha stick' mudah disembunyi sebagai alat tulis, menurut satu status pengguna laman sosial 'Facebook' yang turut memuat naik gambar bahan berkenaan.

Pengguna Facebook berkenaan menarik perhatian harga 'mampu milik' di sekitar RM17 ke RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar sekolah. Status itu turut dikongsi pengguna sosial media lain dan menjadi viral sejak minggu lepas.

Hasil maklumat itu, Bernama membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.

Penulis berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak, di sini namun gagal apabila seorang penjual rokok elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada penulis.

Shisha Stick Dadah Kegilaan Remaja


Catat Ulasan

0 Ulasan